Oppss...jangan salah faham pulak....sebenarnya kitaorang dah menang 2nd Prize Winner untuk Yatie Chomeyl's giveaway - Kisses of Love yang dianjurkan oleh Yatie Chomeyl. Terima kasih kepada Yatie dan suami.

Kisahnya, pagi ni lepas suami ke pejabat, sambil-sambil nak tidurkan Kashful, aku buka blog. Tengok kat chatbox, Intan ada tinggalkan mesej bagitau pasal kemenangan ni. Thanks a lot, my dear Intan. Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan al-Mubarak. Semalam aku tak sempat nak online coz ade majlis solat terawikh kat rumah. Ni pun tak habis kemas lagi. Kat bawah ni aku copy & paste dari blog Yatie Chomeyl pasal entri ni.

Keputusan Pemenang Yatie Chomeyl's Giveaway

Setelah memaksa hubby berkali-kali untuk memilih pemenang (sampai hampir2 merajuk) dan hubby pulak mengambil masa berjam2 untuk memilih 5 pemenang daripada 74 penyertaan, beserta segala mak nenek hujah dan sebab mengapa gambar tersebut di pilih....maka adalah dengan ini, tibalah masa untuk melakukan pengumuman bagi Yatie Chomeyl's Giveaway - kisses of love.

Ada sedikit perubahan pada hadiah yang di tawarkan kerana incik hubby selaku penaja telah bermurah hati untuk menaja satu lagi yukata iaitu bermaksud ada dua pemenang bagi grand prize winner. Maka hadiah untuk pemenang tempat ke-2 di tukar di mana pemenang tempat ke-2 akan mendapat hadiah Yc1 & Yc4. Jadi pemenang tempat ke-3 akan menerima samada YC2 atau YC3 (bergantun gkepada pilihan hati nya) dan pemenang tempat ke-4 menerima samada YC2 atau YC3 (yang tidak di pilih oleh pemenag tempat ke-3). Jadi, tetap ada 5 pemenang yang di pilih cuma ada sedikit perubahan pada hadiah yang di tawarkan, itu sahaja.


GRAND PRIZE WINNER 1



Ciuman selalunya tanda sayang tapi time tak cium, bukannya bermaksud tak disayangi..he he cuma satu cara nak meng'ekspres'i sayang itu adalah dengan ciuman. Compare to umi, abah lagi banyak cium anak2...wuwuu....saya suka gambar ni sebab 'tak ada alasan untuk tak suka tengok gambar ni' he he... bila dah terlampau nak cium sampai kadang2 rasa nak gigit pun ada kan? Buktinya masa Usamah kecik dulu, sampai naik ruam besar mulut umi di dua2 belah pipi Usamah sebab kene gigit. Lepas tu saya amik pengajaran, jangan gigit dah pipi anak sbbnya nak merawatnya punyalah susah... (banyaknya kuman mulut ngko ek sitisifir :P) Skang kalau nak gigit, umi pastikan pipi dorang takkena gigi (gigit dengan bibir) tapi kalau korang nak tau kadang sampai kejang2 rahang umi sebab gigit gigi sendiri bila geram takleh gigit pipi diorang...ngeh he he....Ops, terlebih sudda...

GRAND PRIZE WINNER 2

Adik Yan - SafiyyahWorld

gambar ni mama snap masa baba baru je balik dr semayang kat mesjid.....adik Yan dok main2 kat atas carpet tu....baba geram and dok gomol2 adik Yan.....masa gambar ni disnap, baba dah berpuluh kali kiss adik Yan...tengoklah muka adik Yan tu pun dah macam boring kena kiss, siap buat tangan mcm nak tembak baba jek hehehehe mama suka tengok muka boring adik Yan yg macam dah tak kuasa nak layan kisses from baba hehehehe

2nd PRIZE WINNER


Kashful - Definava

Saya suka sangat dengan gambar ni bila tengok Kashful gelak keseronokan tatkala kene cium. Yelah, apa lagi yang paling mengembirakan hati seorang ibu selain dari pada melihat senyuman si anak kan? Lagipun gambar ni diambil sendiri tadi, sebelah tangan pegang Kashful, sebelah tangan lagi snap gambar. Tak sangka plak dia nak senyum, alahai anak mama ni, tayang gusi plak....hehehe. Pastu mama dan Kashful kebetulan pakai baju sama-sama biru, macam berjanji plak, sehati sejiwa kita kan buah hati mama dan papa? Bab pakai baju sama warna ni memang tak planning, dah baju tu baru pakai masa pergi morning coffee pagi tadi, jadi sarung balik jelah masa nak ambil angin dengan Kashful petang tadi.


3rd PRIZE WINNER


Farhan & Emily - Mama Farhan

Ok ni gambar Farhan dan Emily masa besday bash dorang tahun lepas.. seperti yang kawan2 aku sedia maklum, farhan tu sangat la suka mencium adik dia, tak kira masa di mana sahaja .. memang banyak la aku snap gambar farhan tengah cium adik dia... tapi gambar ni lain sikit, sebab gambar ni betul2 spontan dan kamerawomen aku ni iaitu si sab, sempat snap gambar ni.. kira candid gak ni.. emily betul2 terkejut dapat hadiah ciuman dari abang tersayang.. just fyi, emily dan farhan berkongsi harijadi di bulan yang sama.. Emily pada 10 Oktober manakala Farhan 24 Oktober.. masa kejadian ni, aku pakaikan dorang baju theme Mickey Mouse, tu pasal la dua2 pakai head band kepala Mickey. hehehhe kalau ada sapa2 yang nak tengok gambar lain tentang bash budak2 ni click sini .. aku sangat suka gambar ni , tu pasal aku jadikan gambar ni sebagai gambar utama kat atas tu..

4th PRIZE WINNER



well.. story behind this pic.. that time daku preggy 7mnths. mr daddy ask his fren to take our outdoor photo. ku mmg excited sesgt sbb yela bkn slalu dpt peluang kan. plus bila dah ada aqil khalish, ku sbg model utama dah kena tendang tepi. asik2 muka aqil bam2..huh jeles nih..

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih banyak2 kepada yang sudi memeriahkan Yatie Chomeyl's giveaway ini. Buat yang tak menang, jangan berputus asa, insya Allah kalau ada rezeki lebih lagi pada masa akan datang...akan ada lagi giveaway dari blog chomeylku ini hehe. Untuk pemenang grand prize winner, sila tinggalkan komen untuk beritahu saiz yukata anak anda. Pemenang tempat ke-3 juga sila tinggalkan komen untuk memilih antara hadiah YC2 atau YC3. Semoga berjumpa lagi di lain giveaway dan semoga dengan contest ini akan mendapat lebih ramai kenalan. Tenkiu u olllss...



Tahniah kepada semua pemenang.