Wah, ade contest lagi. Nampaknya bulan Ogos ni memang meriah dengan contest. Contest kali ni ialah Baby in Pink Contest. Dianjurkan oleh Sha a.k.a ibu Puteri.

Contest untuk anak-anak tapi kita yang mak-mak ni pula seronok nak join. Bukan ape, rasa meriah pula bila geng-geng blogger yang lain pun turut serta. Semangat bertanding, menang kalah belakang kira, yang penting sama-sama seronok menyertai contest ni kan?

Nama: Ahmad Kashful Hakimi bin Mohd Amiruddin
Tarikh Lahir: 11hb Febuari 2009


Kashful patut menang contest ni kerana walaupun warna pink dikaitkan dengan baby girl tapi apabila warna pink dipakaikan pada Kashful nampak cute dan comel sangat (maaf yer kengkawan, bukan nak riak, tapi dah ditanye, kene promote skit lah....hehe). Jadi siapa kata warna pink sesuai untuk girl saja, boy pun boleh pakai warna pink apa? Lagi terserlah kecomelan baby kita kan?

Sha nampaknya memang suka warna pink dan menyertai contest dah jadi minat Sha. Sudah banyak contest yang Sha sertai dan kebanyakannya disertai untuk buah hatinya, Puteri, bukan sahaja dalam blog, kat luar blog pun ada. Ada juga yang Sha sertai untuk diri sendiri. Jadi kalau nak tahu pasal contest, terjah aje blog Sha yang dah jadi one stop point, segala contest ada kat situ. Selain daripada itu, seronok tengok perkembangan Puteri yang semakin membesar. Perkongsian cerita yang menyeronokan.

Terms and Conditions for this Contest :

1. Contest ini terbuka kpd semua BLOGGER.. Tempoh Contest adalah dari hari ini sehingga jam 5.00 ptg pada 22 August 2009. (Done)

2. Contestant diwajibkan menjadi FOLLOWER blog Sha a.k.a ibu Puteri serta ADD link blog ini dalam bloglist anda.(Done)

3. Contestant diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog masing2.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini : http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html (Done)

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat special entry tentang contest ini. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..(Done)

5. Jantina baby tak kira boy or girl, yg penting gambar tersebut mestilah gambar anak anda berpakaian baju or seluar berwarna PINK. Anak anda mestilah yang dilahirkan dalam tahun 2007-2009 sahaja..(Done)

6. Dan jangan lupe utk jwb soalan ini :
a) Kenapa anak anda patut menang dlm contest ini??
b) Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini?? Just nak tahu ape yg anda tau..Extra marks k.. (Done)

7. Pastikan di entry anda terdapat link2 ini ( kalau xde, ur entry will be DISQUALIFIED). (Done)

Link blog ini http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/

Link contest ini http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html

8. Setelah entry anda mematuhi semua syarat2 yg telah ditetapkan, sila tinggalkan URL-Link-Contest anda di ruangan Comment entry ini sebagai tanda anda dengan SAH nye telah menyertai contest ini juga memudahkan juri membuat semakan..(Done)

9. Pemenang akan ditentukan oleh juri Profesional yg dilantik sendiri..huhu...

Hadiah Misteri Menanti Anda!! Penaja Amat Dialu-alukan!!

So kengkawan, ape tunggu lagi. Sama-samalah kita mengPINKkan baby kita. hehehe