Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wrm wbt, salam sejahtera buat semua pengunjung dan pembaca blog ini tidak kira keluarga, sanak saudara dan kengkawan yang dikenali ataupun tidak. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf dimohon atas segala salah dan silap selama ini. Beberapa rangkap pantun dinukilkan buat semua.


Tampi-tampi si padi huma
Seronok menampi di waktu petang
Aidilfitri mulia bakal menjelma
Ramadhan berlalu Syawal mendatang

Segar merimbun buah bidara
Bersilang menghijau pohonan pauh
Hari berkumpul sanak saudara
Tidak kira dekat dan jauh

Daging salai masak kerutub
Enak dimakan bersama roti
Menjadi perantau sudah termaktub
Jauh di mata dekat di hati

Terbang riang sepasang kenari
Singgah bertenggek di anjung papan
Tersusun kemas jari jemari
Maaf dipohon segala kesilapan

Tepian kolam sekawan angsa
Main bersama si itik sekati
Andai ada terguris rasa
Usah disimpan di dalam hati


Naimah, Amir & Kashful

Apabila Kashful Membebel...

Hehehe....Sebenarnya dah lama nak masukkan entri ni, tapi disebabkan tengah mabuk dengan pelbagai jenis contest, tu sampai tertangguh nak masukkan video Kashful yang duk membebel ni. Video ni diambil oleh hubby sewaktu kitaorang pergi ke pasar raya Safeway pada 15 Ogos hari tu . Biasalah, kalau time shpopping orang pompuan tolak troli, stroller kasi orang lelaki yang tolak...hikhik..

Video asal tak dapat dimasukkan sebab saiz terover limit. Nak edit plak, software tu tak match lah pulak. So, disebabkan nak masukkan juga ke dalam blog, maka saya ambil video dalam video guna hp saya sendiri, sebab tu gambar tu agak blur sikit...hehehe

Oke, meh layan video bebelan Kashful ni :)

video

BEAUTIFUL GIRLS WITH HIJJAB CONTEST

Contest lagi, hehehe.... Menarik gak contest kali ni. Selalunya masuk contest yang related dengan baby, kali ni untuk diri sendiri pula. BEAUTIFUL GIRLS WITH HIJJAB CONTEST ni dianjurkan oleh lynnashaari Senang jer tau.


Saya yang dah berehat sekejap dari mengah contest, terus tertarik nak join contest ni.


Terima kasih dan tahniah kepada lynnashaari kerana menganjurkan contest ni. Secara tidak langsung akan menggalakkan orang berhijjab.

My Little Baby Boy

Lilypie

My Lovely Fish

Bubbles