Hari ini genaplah umur Kashful 6 bulan (sewaktu entri ditulis pada 11 Ogos). Terasa begitu cepat masa berlalu. Memang seronok melihat perkembangan dan keletah Kashful dari sehari ke sehari. Tambahan pula sekiranya perasan kebolehan terbaru yang dilakukan.

Nampaknya contest untuk bulan Ogos ini sudah nak sampai ke penghujung. Jadi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan lagi contest yang dianjurkan ini. Sebagaimana yang diminta oleh pihak penganjur, tema pada bulan ini adalah permainan kegemaran bayi anda. Jadi di sini disertakan gambar-gambar Kashful dengan permainan kegemarannya.

Inilah permainan kegemaranku, jangan sesiapa ambil tau.

Mana teether toy ni nak lari, iskh, jangan tinggalkan Kashful...

Kashful dah pegang kemas-kemas, lepas ni tak akan hilang dah.

Rasa sikit, best tak? hihi

Bangun tidur pun gigit teether toy.

Nama: Ahmad Kashful Hakimi bin Mohd Amiruddin
Tarikh Lahir: 11hb Febuari 2009

Kashful suka bermain dengan teether toy ini bermula dari usia empat bulan lagi. Memandangkan Kashful memang suka menghisap jari, jadi saya rasa perlu untuk menggunakan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatiannya daripada menghisap jari sepanjang masa. Selain daripada itu, suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut turut menjadi faktor saya mencari teether toy ni. Sebenarnya ada juga kami membeli permainan lain, walaupun Kashful tetap bermain dengam semua permainan yang diberi, namun teether toy ini tetap menjadi pilihan hati. Selalunya teether toy ini akan dibawa ke mana sahaja bersama-sama.

Permainan memang merupakan satu alat yang amat penting untuk merangsang perkembangan bayi tidak kira dari segi mental dan fizikal. Sebagaimana bayi lain, Kashful memang suka memasukkan barang- barang yang dipegang ke dalam mulut, tidak kira untuk digigit atau dihisap. Teether toy merupakan alat permainan yang amat sesuai untuk bayi kerana:-

Ianya direka khas untuk bayi menggigit, jadi ia akan dapat mengelakkan bayi daripada menggigit dan memasukkan benda-benda yang tidak sepatutnya ke dalam mulut seperti objek-objek yang kecil dan tajam. Secara tidak langsung kes-kes tercekik dan kecedaraan pada bayi dapat dielakkan.

Terdapat dua tekstur padanya iaitu lembut dan keras. Tekstur ini membolehkan bayi belajar membezakan rasa antara dua tekstur ini. Bahagian tekstur yang lembut menggalakkan pembentukan gigi baru yang kuat dan sihat selain dari merangsang gigi dan gusi. Tekstur yang akan merangsang deria rasa bayi untuk bertindakbalas merasa dan memilih untuk menggigit salah satu dari tekstur tersebut.

Antara fungsi utamanya adalah untuk merangsang proses menggigit secara semulajadi kepada bayi. Secara tidak langsung, ianya boleh menjadi persediaan kepada bayi untuk menggigit makanan pejal yang lembut apabila sampai waktunya nanti..

Di samping itu juga, rekabentuk permainan ini sebenarnya turut merangsang penggunaan jari dan tangan, selain daripada mata dan telinga bayi. Ianya mudah untuk dipegang dan digenggam oleh bayi. Permainan ini turut didatangkan dengan warna-warna yang pelbagai dan menarik pemerhatian bayi. Selain daripadda itu, bunyi akan dikeluarkan sebaik sahaja ianya digoncang. Ini akan menggalakkan bayi untuk terus menggerakkannya.

Terjamin kebersihannya dan selamat. Permainan ini mempunyai bucu yang licin dan tidak tajam serta mudah untuk dibersihkan. Bayangkan sekiranya bayi memasukkan kertas, tisu, kain, pen dan objek-objek lain ke dalam mulut, sebarang kotoran dengan mudah akan berpindah kepada bayi. Sekali lagi risiko tercekik dan kecederaan juga boleh berlaku pada masa yang sama.

Kesimpulannya, pemilihan alat permainan untuk bayi dan anak-anak adalah amat penting. Bukan sahaja kebersihan dan keselamatan perlu untuk dititikberatkan, tetapi sebaik-baiknya adalah dapat membantu dalam merangsang perkembangan bayi kita. Tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk merangsang bayi kita. Malah, ada sesetengah permainan boleh diperolehi di dalam rumah. Apa yang paling penting, sama-sama gembira dan dapat mengambil manfaat daripada permainan tersebut.

Seterusnya, maklumat mengenai contest ini ialah seperti berikut:

Contest dianjurkan oleh MBP

Hadiah di taja oleh Photobook

Dan juga Alice Wonders


Terima kasih kepada pihak peganjur dan penaja. Jadi apa lagi, jom join contest!!!