Bulan Ramadhan al-Mubarak bakal menjelma sedikit masa lagi. Mood Ramadhan pun sudah mula terasa di mana-mana. Semoga kita sama-sama dapat merebut seribu macam kalebihan dan ganjaran yang telah disediakan oleh Allah Taala di bulan yang penuh Rahmat ini.
Di sini, ingin saya kongsikan sedikit tentang Persediaan Ramadhan: Untuk sesiapa yang nak bersedia....
Asslamualaikum w.b.t
Kawan-kawan, ramadhan tahun ni, bakal menjengguh diri dalam dua atau tiga hari sahaja lagi. Ada orang tak rasa apa-apa... datanglah nak datang ramadhan oiii... aku sama juga. Ada yang sekarang dah cari minyak petrol nak panaskan enjin, sebab start je satu ramadhan, nak pecut terus, taknak toleh dah.Saya teringat ada satu Hadith yang mengatakan "celakalah bagi mereka yang apabila datang bulan ramadhan, mereka tidak melakukan apa-apa, dan biarkan ramadhan berlalu begitu sahaja...".
Pertama sekali, kita perlu berdoa sebab dalam 3-4 hari ni macam-macam boleh berlaku. Kadang2 teringat kematian Ust. Asri Rabbani dalam dua tiga hari yang lepas. Saya teringat satu lirik lagu nasyid Nada Murni "Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa...". Itulah hakikatnya. Marilah kita berdoa agar usia kita dapat mencecah satu lagi bulan ramadhan dalam hidup kita. Dan setelah kita berjaya mengecapi satu ramadhan, kita doalah agar kita dapat mengecapi 30 hari puasa dalam ramadhan.
Nabi pernah berkata, jika seseorang yang meninggalkan puasanya tanpa ada sebab yang diharuskan (oleh syarak seperti sakit dan bermusafir), dia tidak akan dapat mengganti pahala satu hari tersebut walaupun dia berpuasa seumur hidupnya". Lihatlah besarnya kelebihan bulan ini. Mewahlah orang yang mengikutinya secara bersungguh-sungguh. Pastinya, kalau kelebihan itu tuhan tukar dengan emas, pastinya manusia akan merangkak berpuasa untuk mendapat kelebihan tu. Tapi Allah tahan dulu emas tu dan hanya diberi dalam bentuk wahyu atau kata-kata atau janji. Dan sebagai tanda keimanan, tuhan berjanji setiap janjinya tidak akan dimungkiri. Terpulang pada kita nak menyakini atau mempercayainya...
Berikut adalah persediaan untuk menghadapi ramadhan.
1. Rajinkan diri untuk membaca ayat-ayat lazim yang dah lama di tinggalkan.
Kalau saya teka surah Al-A'diyat, kawan-kawan buleh baca atau tidak? Cubalah ulangi sebab bacaan ini amat perlu untuk baca dalam solat terawih. Biasa semayang biasa-biasa duk baca Kul Huwallah, Inna A'toyna. Biarkan mertua anda terkejut apabila balik berbuka puasa di kampung, anda mengajaknya semayang terawih di rumah sahaja dan diimami oleh anda sendiri. Biarlah mertua anda (takpun isteri anda) kata anda buang tebiat sebab belum pernah anda jadi imam. Buktikan kemampuan anda.
2. Buka balik buku khaifiat solat terawih.
Solat terawih adalah hadiah yang besar daripada Allah kepada Umat Nabi s.a.w. Solat ini perlu dilakukan dengan betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Khaifiat bererti bagaimana menunaikan solat terawih ini dilakukan.
3. Perbanyakkan membaca hadith-hadith mengenai kelebihan bulan ramadhan.
Bulan ramadhan dan kelebihannya banyak diceritakan dalam hadith-hadith sahih. Bacalah hadith-hadith itu kerana itu adalah mutiara yang paling bersinar peninggalan Rasulullah s.a.w tercinta. InsyaAllah melalui pembacaan itu akan membuatkan kita rasa lebih bersemangat untuk melakukan ibadah di bulan puasa. Walaupun dilihat "lekeh" apabila melakukan ibadat kerana kelebihan, namun kita wajar mengukur diri dengan iman yang ada. Perlu diingat, kelebihan yang ada dalam bulan ramadhan bukan menjadi asbab kepada ibadat kita. Kelebihan adalah rahmat Allah kepada umat Nabi s.a.w sahaja.
4. Berusaha meninggalkan perkara yang buruk.
Perlu diingat, bulan ramadhan adalah bulan yang paling berkat. Puasa bukan hanya lapar dan dahaga sahaja. Tapi 100% pengamalan islam perlu dibuat. Daripada berkata benar sehinggalah hujung kuku juga hendaklah dijaga. Pakaian perlu mengikut piawaian Islam dan pergaulan juga. InsyaAllah 30 hari akan menjadikan perkara tersebut tabiat yang baik yang lekat pada diri anda.
5. Azam
Perkataan yang pendek, tetapi membawa makna yang besar. Azam menjadikan seseorang itu terampun dosa kerana merupakan komponen taubat yang paling kritikal. Tanpa azam untuk tidak melakukan lagi perbuatan dosa, menjadikan taubat seseorang itu tergantung. Jadi, perlulah kawan-kawan berazam untuk memenuhkan bulan ramadhan ini dengan amal ibadat dan mendapat kemuliaan lailatul qadar.
Penutup
Kalau sebelum ni kita bertemu bos, "Bos saya nak cuti..." Bos tanya, nak cuti sebab apa? "Kita jawab", Bos, saya nak bawak wife saya gi makan angin kat blablabla... Apa kata dialog tu diulangi balik..."bos, saya nak mintak cuti, nak beribadat di bulan ramadhan..." kalau bos kata "Eh engkau ni, sebelum ni aku tak pernah tengok pulak engkau semayang... alih2 nak cuti untuk terawih..." Jawablah... "Bos, tak baik cakap macam tu, saya nak bertaubat ni bos.., bos pun patut wat macam saya, ambil cuti... tahun lepas bos tak pose... (kalau berani la)
Banyak lagi persiapan yang boleh kawan-kawan buat... insyaAllah, bersambung pada tazkirah seterusnya...
Amir Hamzah
Washington DC
26 Shaaban 1430 / 17/8/2009
sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=120038175818&ref=nf
Semoga sama-sama mendapat manfaat daripadanya, insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment