Rasanya tak sabar-sabar nak masukkan entri kali ni. Si Kashful ni, semalam masa kitaorang berbuka puasa, letaklah dia dalam car seat sebab tempat duduk ala-ala bouncer dia ade kat dalam bilik di tingkat atas. Memang sambil-sambil makan tu, borak-boraklah dengan si budak chubby tu. Entah macam mana tiba-tiba bunyi suara rengekan pulak. Bila berpaling ajer, lorrrr, dah terbaring atas karpet bawah kerusi papa dia. Bertuah punye anak. Rupa-rupanya dia lipatkan badan dia perlahan-lahan, kemudian terkeluar dari car seat tu. Mujur tak terhantuk pada kerusi yang papa duduk. Ikut hati mau ajer rakam aksi tu. tapi kesian plak nak biar lama-lama kat bawah tu. Kamera pun ade kat tingkat atas. Layan gambar aksi-aksi dia jerlah.

Inilah kerusi lepak favorite Kashful

Ieyah-eyah, nape ni, skru car seat ni longgar ke? Nanti Kashful baiki.

Tak cukup tangan, kaki pun ok gak ni, syok sangat menonton DVD.

Aiyarkkk, Kashful belum readylah, cepatnya snap gambar.

Opocot, sapa yang dah terjah Kashful ni, terkejut Kashful...hehehe

Masa untuk bersantai....lalalalala..

Janganlah tenung Kashful camtu, maluuuu... :P

Senyuman ini Kashful hadiahkan untuk semua...

Basah habis baju dek kerana air liur....

Haaaa.....siapa yang intai Kashful tu Kashful boleh tahu tauuu... :)