Memasak punya contest telah muncul. Nama penuh contest ni ikut IC dia adalah Jom Memasak Bersama....... Contest, hehehe
Pertamanya, terima kasih kepada penganjur yang buat contest ni. Bagus gak share resepi. Tak lah asyik makan mende yang sama jer kan?


Menu pilihan untuk contest kali ini ialah Agar-agar Laici


Bahan-bahan
85g serbuk agar-agar perasa laici
Buah laici segar/dalam tin
200ml air / 4 cawan

Cara-cara
Didihkan air
Masukkan agar-agar - kacau hingga hancur
Sementara itu susun buah laici di dalam acuan
Tuang agar-agar ke dalam acuan

Nota:
Sekiranya tiada agar-agar perisa laici, boleh menggunakan agar-agar biasa dan dicampurkan dengan air buah laici di dalam tin ke dalam agar-agar yang dimasak.

Selamat mencuba.

Oke, maklumat mengenai contest ni ialah:-

Contest Title : Jom Memasak Bersama....... Contest
Contest Period : 5/08/09 - 4/09/09
Hadiah :Barangan dari Tupperware

Term & Condition:
1.Buat satu enrty berkenaan resepi masakan yang paling simple tuk disediakan dalam blog anda. (Tak kisah la masakan tuk breakfast ker, lunch ker, dinner ker, supper ker, western ker, masakan kampung ker as long ikut criteria yg dinyatakan)
2. Upload gambar masakan anda.
3. Upload pic giveaway diatas di sidebar anda dan jangan lupa linkkan ke " Jom Memasak Bersama... Contest" (tak yah jd follower,tapi kalu nk jd follower dialu2kan)
4. Tinggalkan komen anda dan link blog anda supaya saya boleh menjengah ke blog anda.
5. Pemenang akan dipilih secara random/lucky draw. (Gambar hadiah akan di-upload later,)

Meh kita pakat share resepi. Kalau selalu buat potluck, tak ler pening kepala nak masak ape kan? :)