Nampaknya ade contest lagi. Contest kali ni ialah " BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess" yang dianjurkan oleh Mommy Zara dan si cute Princess Delisha...hehehe. Terima kasih kepada pihak penganjur yang berbesar hati dan rajin betul mengadakan contest.


Syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara (done)
2. sila add banner di atas pada sidebar (done)
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah (done)
4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri (done)
5 sila nyatakan bila gambar diambil (done)
6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k (done)

Boss tengah menonton TV ni, jangan kacau. Teh tarik satu!!! hehehe


Papa ni, buatlah gaya muncung cam Kahsful, mesti lagi encem... :)

Nama: Ahmad Kashful Hakimi bin Mohd Amiruddin
Umur: 6 bulan 5 hari (11hb Febuari 2009)

Gambar pertama diambil pada 7hb Ogos 2009. Gambar ni semasa di rumah. Kebetulan papa ada dekat Kashful masa tu, terus papa ambil gambar ni menggunakan handphone papa. Memang kitaorang nak gelak setiap kali tengok gambar ni.

Gambar kedua pula diambil pada 18hb Julai 2009 di rumah boss papa. Masa ni diadakan BBQ. Kashful masa tu suka betul buat gaya mulut muncung camtu sejak dah pandai buat aksi tu beberapa hari sebelumnya.

Sebagai tanda menyokong dan bagi memeriahkan lagi contest ni, jom kita pakat join ramai-ramai! (^_^)