Haaaa....harini saya ingin berkongsi resepi kegemaran kami iaitu maggo lassi. Cuba, jangan tak cuba yer. Mudah, jimat dan sedap.

Bahan-bahan:
Jus pati mangga / mangga sedarhana besar dua biji
Susu segar satu gelas
Plain Yogurt satu cawan
Gula pasir lima sudu (bergantung kepada selera masing-masing)
Air masak satu cawan
Ais satu cawan

Cara Membuatnya:
Kisar mangga, yogurt, susu segar hingga sebati
Masukkan gula dan air masak, kisar lagi
Masukkan ais dan kisar hingga hancur.
Sedia untuk dihidangkan

Nota:
Boleh dihidangkan dengan hirisan mangga.
Gula boleh dimasak terus dengan air masak.
Ais boleh diletakkan asing sewaktu menghidang.
Sekiranya suka, boleh masukkan esen vanilla.
Ada juga yang tak masukkan susu.
Bahan-bahan adalah anggaran saya sahaja, sekiranya suka, boleh lebihkan atau kurangkan mana-mana bahan di atas.

Selamat Mencuba....:)