Hari ni saya nak berkongsi resepi yang agak mudah untuk disediakan iaitu nasi air. Ada sesetengah tempat memanggilnya bubur kanji, bubur ayam pun boleh. Menu ni tidak pedas dan sesuai dimakan oleh anak-anak kecil. Boleh menjadi santapan pada bila-bila masa. Namun disertakan sekali kicap bagi sesiapa yang suka pedas. Selalunya kalau ada tetamu yang datang ke rumah, inilah antara menu yang menjadi pilihan. Budak-budak pun suka makan.
Bahan-bahan:
2 pot beras (pot plastik electric rice cooker)
3 liter air
1 sup bunjut
7 ketul sayap ayam (potong 3 - setiap sendi)
1/2 mangkuk bawang merah (dimayang)
rempah 4 beradik (3 cm kulit kayu manis, 6 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih, 2 kuntum bunga lawang)
sebiji bawang besar (potong 6 secara menegak)
garam, gula melaka/gula - secukup rasa
Cara-cara Menyediakan:
Rebus beras yang telah dibersihkan ke dalam air bersama sup bunjut - biarkan separuh masak
Goreng bawang merah yang telah dimayang sehingga kekuningan - masukkan rempah 4 beradik
Masukkan bahan goreng sahaja tanpa minya ke dalam nasi air yang sedang dimasak
Setelah nasi hampir masak, masukkan bawang besar, garam dan gula melaka/gula.
Kicap:
Kicap manis cap Kipas Udang, seulas kecil bawang putih, cili padi, garam, gula melaka/gula - dikisar lumat.
Nota:
Boleh menggunakan isi ayam, setelah isi ayam yang direbus masak, siat isi ayam tersebut, kemudian masukkan kembali ke dalam nasi air tetapi mencampurkan sekali nasi air ini dengan tulang ayam akan memberi rasa yang lebih sedap.
Ayam boleh digoreng juga terlebih dahulu sebelum disiat, selepas direbus.
Boleh dimakan bersama lobak asin, bilis goreng, tauhu goreng, fishball dsb.
Boleh taburkan juga bawang goreng dan daun sup di atasnya sewaktu menghidang.
Sekiranya bubur terlalu pekat, tambahkan lagi air.
Gula hanya sebagai perasa, jangan bubur ni jadi manis plak.
Setakat ini, guna kicap manis cap Kipas Udang adalah paling best. (tolong promote skit...hihi)
Okess, dah siap. Selamat mencuba yer kengkawan.
4 comments:
yum yum..dap yer..
ni ns air rupenyer..
mcm bubur lambuk gak,tp xde santan kan..
US,
a'ah, macam bubur lambuk sebelah negeri pantai barat. memang tak der santan. kalau bubur lambuk pantai timur cam ganue ade banyak daun2 kayu cam pucuk paku, pucuk ubi dan segala maciam pucuk. ade juga yang masukkan keledek.
Salam Defina,
Nanti nak cuba, buka selera lepas demam
Salam Pak Penabahari,
Teruk ke bapak demam?
Nanti bapak cuba makan nasi air, insyaAllah, terbuka selera.
Banyak-banyak berehat ye pak, ubat pun jangan dilupa.
Post a Comment