Masa untuk sertai contest!!! Ni pertama kali saya sertai contest on behalf of my lovely baby. Yelah, dari duk sajer-sajer tu, boleh gak cuba nasib kan? Kebetulan Baby In Red Contest tak sempat nak join, so yang ini tak mahu lepaskan peluang....hehehehe
Okay, antara gambar Kashful di dalam car seatnya:
Muka mengantuk...
Apa mau bikin yer?
Oke tak Kashful bergaya camni? hehehe
Kashful senyum sikit2 jer eh...
Okelah-okelah, Kashful senyum lagi besar.
Mama, bila nak abis posing? Dah penat senyum ni?
Nama: Ahmad Kashful Hakimi bin Mohd Amiruddin
Tarikh Lahir: 11hb Febuari 2009
Saya sekarang berada di United State kerana mengikuti suami yang bertugas ke sini. Sudah menjadi undang-undang di sini mewajibkan ibu bapa memakaikan anak-anak mereka car seat dari yang baru lahir sehinggalah berumur lebih kurang lapan tahun atau ketinggian badan mereka sudah tidak memerlukan mereka menggunakan car seat lagi. Bayi saya pula dilahirkan di sini. Kami dimaklumkan bahawa pihak hospital tidak akan melepaskan kita untuk membawa bayi kita pulang selagi kita tidak mempunyai car seat. Jadi, awal-awal lagi kami sudah survey car seat ni. Kami mengambil keputusan untuk membeli car seat yang didatangkan sekali dengan stroller yang dipanggil travel system, jadi lagi mudah kan? Kebanyakkan car seat dan stroller kat sini berat dan besar saiznya. Hanya jenama Combi yang kami jumpa tu agak kecil sedikit dan ringan tapi stabil. Malangnya hanya ada stroller ajer kat situ. Sudahnya suami mengambil keputusan untuk membeli secara online.
Bila difikirkan balik, car seat ni memang patut dimiliki oleh setiap ibu bapa yang ada anak-anak kecil. Banyak faedah yang diperolehi dengan penggunaan car seat ni. Di antaranya ialah:
- Sudah pastinya keselamatan anak-anak akan terjamin. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan (minta-minta dijauhkan), anak-anak masih selamat berada di dalam car seat. Di samping itu, kecederaan juga dapat dikurangkan. Maka, sesuailah dengan mottonya "Safety First" (ni pinjam motto opis lama.....hehehe).
- Melatih anak-anak supaya lebih berdisiplin apabila berada di dalam kenderaan. Mereka tetap berada di kerusi masing-masing (car seat), duduk elok-elok, secara tidak langsung pemanduan ibu bapa tidak akan terganggu.
- Memberi keselesaan kepada anak-anak. Car seat direkabentuk khas mengikut saiz dan bentuk badan anak-anak anda. Jadi mereka dapat duduk dengan selesa berbanding di dalam pangkuan. Tambahan pula apabila melibatkan perjalanan yang jauh. Mereka pun dapat tidur dengan lebih tenang.
- Mudah untuk menguruskan anak-anak terutama untuk memberi makan.
Seterusnya, maklumat mengenai contest ini ialah seperti berikut:

Contest dianjurkan oleh MBP

Hadiah di taja oleh Photobook

Dan juga Alice Wonders
Jadi, apa tunggu lagi.....jom kita pakat join contest ni reramai. Sama-sama memeriahkan contest ini. Layannnn....
10 comments:
terhibur hati melihat baby senyum.
alahai comelnya kashful, dah besau dah, senyum bukan main manis lagik...sukanya haku tgk ..cepat balik yer sayang ..nanti unty leh cubit2! hehee
Eeeee gewammm nya aunty tengok kashful nie...bam bam sangat! So cute lah rasa nak gomoi2 dia...leh tahan gak kemontokan peha nya ituuzzz :)
Gud luck defina! This time around intan tak participate coz si dak tecik tu dari lahir spi la tak nak dok kat car seat...riauuuuu jo!
ya Allah, montok nyer kashful. geram! nak cubit!!! gerammm... rasa nyer bleh menang ni.
aida tak sempat join contest ni. nak amik gambo syuhada, susah! dia da besar. and langsung tak nak dok kat car seat. aida da 3-4 bulan ajar dia without car seat. sebab car seat da buruk!!!
bestkan masuk pertandingan? ada harapan menang sebab ini budak banyak chubby!! pasni harus ko masuk banyak lagi pertandingan tau! hehehhe...
gila contest lama2 nanti jadinya ..ehhehe ...
chumellah ini kashful!! gebussshhhh
watie,
memang seronok masuk ramai, lagi ramai lagi meriah...
thanks...
aku pon dah mengah wooo....tapi happy duk melayan dia...
Pak Penabahari,
betul tu pak, sejuk rasa hati, hilang segala penat :)
watie,
manis ikut hake ler....hahahaha...
ramai nyer nak cubit dia, mak2 sedara ngn pak2 sedara dia pon ngah tunggu giliran tuh....hikhik
Intan,
nnt kasi exercise kat kashful dulu, biar ade stamina tahan kene gomol....hahahaha
Arissa pn ape kurang chubby nyer...
Kalu duk dekat, boleh kasi pinjam car seat, utk bergambar pon ok...:)
aida,
heheehe...masuk pertandingan tu sajer jer, isi masa...
erm, pie jer kedai car seat, bergaya sat, pastu amik gambar...hehehehe
Post a Comment