Sebenarnya rasa tak sabar-sabar betul aku nak masukkan enty kali ni yang mana menjawab kepada segala persoalan dan tanda tanya yang sarat dalam kepala aku berkenaan blog aku ni. Sejak kebelakangan ni rasa macam pelik ajer blog aku ni. Member aku kata ada tinggalkan komen, tapi aku tak terima pun, dalam email pun takder, tak ke pelik tu? Memanglah blog aku ni bukannya famous sangat, tapi aku tau ade kengkawan yang singgah dan meninggalkan jejak mereka.

Segalanya terjawab tadi bila aku duk chit chat ngan member yang dicayangi, Watie. Dia pun heran ngan blog aku. Pastu dia bagitaulah ape yang pelik. Lepas check kat setting, ghupe-ghupenya aku tak perasan yang aku dah tersilap tanda hari tu semasa duk berkobar-kobar nak touch up blog aku ni. Selepas sessi testing, yer, aku dah dapat balik komen. Entah-entah mungkin ade jugak jejak teman lain yang tak dapat dikesan sebelum ni.

Godek punye godek, akhirnya semua komen tu dapat diselamatkan kembali, insyaAllah akan di reply nanti. Thanks to all.

Buat teman-teman blog yang pernah menjengah dan tinggalkan komen tapi tak terakam sebelum ni, maaf atas kesilapan teknikal yang tak diperasani ini yer....ampun...

Buat Watie pulak, terima kasih berbanyak. Sayang sangat kat ko. Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke 19 (tolak segala cuti yer....hehehe). Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, mendapat rahmat daripada-Nya dan menjadi lebih dan baikuntuk segala segi dari sehari ke sehari. Watie, asyik2 nama ko jer yang muncul dalam entry aku....hahahaha

Watie jadi Superwoman kali ni, hahaha
Thanks :)