Kashful - 1 Month

Kalau ikut plan asal, nak masukkan gambar-gambar Kashful ikut bulan kat dalam blog ni tapi banyak pula mende lain yang hendak diselesaikan. It's ok, slow & steady :)

Kashful - 1 bulan
Dah pandai karate....wacchhaaaa!!!!!

Kashful - 1 bulan 1 minggu
Masih dalam musim sejuk

Kashful - 1 bulan 2 minggu
Salam...Hello everybody :)

Kashful - 1 bulan 3 minggu
Syoknyer tidur.....hhhmmm....zzzzzzzzzzzzzz

CANDID GIVEAWAY CONTEST

Heheh....contest lagi...Macam manalah boleh terjebak dalam pelbagai jenis contest ni yer? Contest yang memaut hatiku untuk menyertainya ialah CANDID GIVEAWAY CONTEST. Contest anjuran Zieha ni memang mendapat tempat di hati para blogger.

Macam biasalah, kene upload gambar candid. Sudah pastinya watak utama dalam gambar ini adalah buah hati kami, Ahmad Kashful Hakimi. :)

Gambar ini diambil sewaktu majlis hari lahir anak salah seorang kenalan kat sini. Masa ni Kashful tengah berebut nak ambil paper cup yang ada ais dengan Aimran yang berusia 1 tahun. Begitu bersungguh-sungguh Kashful sampaikan tarik baju Abang Aimran tu. Mulanya tak perasan juga, tapi bila mama Aimran bagitau, baru nampak. Kepala dah sama-sama jarang, papa diaorang duk kata macam otai! hehehe....

Thanks buat Zieha selaku penganjur. :)

Kashful oh Kashful

Rasanya tak sabar-sabar nak masukkan entri kali ni. Si Kashful ni, semalam masa kitaorang berbuka puasa, letaklah dia dalam car seat sebab tempat duduk ala-ala bouncer dia ade kat dalam bilik di tingkat atas. Memang sambil-sambil makan tu, borak-boraklah dengan si budak chubby tu. Entah macam mana tiba-tiba bunyi suara rengekan pulak. Bila berpaling ajer, lorrrr, dah terbaring atas karpet bawah kerusi papa dia. Bertuah punye anak. Rupa-rupanya dia lipatkan badan dia perlahan-lahan, kemudian terkeluar dari car seat tu. Mujur tak terhantuk pada kerusi yang papa duduk. Ikut hati mau ajer rakam aksi tu. tapi kesian plak nak biar lama-lama kat bawah tu. Kamera pun ade kat tingkat atas. Layan gambar aksi-aksi dia jerlah.

Inilah kerusi lepak favorite Kashful

Ieyah-eyah, nape ni, skru car seat ni longgar ke? Nanti Kashful baiki.

Tak cukup tangan, kaki pun ok gak ni, syok sangat menonton DVD.

Aiyarkkk, Kashful belum readylah, cepatnya snap gambar.

Opocot, sapa yang dah terjah Kashful ni, terkejut Kashful...hehehe

Masa untuk bersantai....lalalalala..

Janganlah tenung Kashful camtu, maluuuu... :P

Senyuman ini Kashful hadiahkan untuk semua...

Basah habis baju dek kerana air liur....

Haaaa.....siapa yang intai Kashful tu Kashful boleh tahu tauuu... :)

Rezeki Ciuman

Oppss...jangan salah faham pulak....sebenarnya kitaorang dah menang 2nd Prize Winner untuk Yatie Chomeyl's giveaway - Kisses of Love yang dianjurkan oleh Yatie Chomeyl. Terima kasih kepada Yatie dan suami.

Kisahnya, pagi ni lepas suami ke pejabat, sambil-sambil nak tidurkan Kashful, aku buka blog. Tengok kat chatbox, Intan ada tinggalkan mesej bagitau pasal kemenangan ni. Thanks a lot, my dear Intan. Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan al-Mubarak. Semalam aku tak sempat nak online coz ade majlis solat terawikh kat rumah. Ni pun tak habis kemas lagi. Kat bawah ni aku copy & paste dari blog Yatie Chomeyl pasal entri ni.

Keputusan Pemenang Yatie Chomeyl's Giveaway

Setelah memaksa hubby berkali-kali untuk memilih pemenang (sampai hampir2 merajuk) dan hubby pulak mengambil masa berjam2 untuk memilih 5 pemenang daripada 74 penyertaan, beserta segala mak nenek hujah dan sebab mengapa gambar tersebut di pilih....maka adalah dengan ini, tibalah masa untuk melakukan pengumuman bagi Yatie Chomeyl's Giveaway - kisses of love.

Ada sedikit perubahan pada hadiah yang di tawarkan kerana incik hubby selaku penaja telah bermurah hati untuk menaja satu lagi yukata iaitu bermaksud ada dua pemenang bagi grand prize winner. Maka hadiah untuk pemenang tempat ke-2 di tukar di mana pemenang tempat ke-2 akan mendapat hadiah Yc1 & Yc4. Jadi pemenang tempat ke-3 akan menerima samada YC2 atau YC3 (bergantun gkepada pilihan hati nya) dan pemenang tempat ke-4 menerima samada YC2 atau YC3 (yang tidak di pilih oleh pemenag tempat ke-3). Jadi, tetap ada 5 pemenang yang di pilih cuma ada sedikit perubahan pada hadiah yang di tawarkan, itu sahaja.


GRAND PRIZE WINNER 1



Ciuman selalunya tanda sayang tapi time tak cium, bukannya bermaksud tak disayangi..he he cuma satu cara nak meng'ekspres'i sayang itu adalah dengan ciuman. Compare to umi, abah lagi banyak cium anak2...wuwuu....saya suka gambar ni sebab 'tak ada alasan untuk tak suka tengok gambar ni' he he... bila dah terlampau nak cium sampai kadang2 rasa nak gigit pun ada kan? Buktinya masa Usamah kecik dulu, sampai naik ruam besar mulut umi di dua2 belah pipi Usamah sebab kene gigit. Lepas tu saya amik pengajaran, jangan gigit dah pipi anak sbbnya nak merawatnya punyalah susah... (banyaknya kuman mulut ngko ek sitisifir :P) Skang kalau nak gigit, umi pastikan pipi dorang takkena gigi (gigit dengan bibir) tapi kalau korang nak tau kadang sampai kejang2 rahang umi sebab gigit gigi sendiri bila geram takleh gigit pipi diorang...ngeh he he....Ops, terlebih sudda...

GRAND PRIZE WINNER 2

Adik Yan - SafiyyahWorld

gambar ni mama snap masa baba baru je balik dr semayang kat mesjid.....adik Yan dok main2 kat atas carpet tu....baba geram and dok gomol2 adik Yan.....masa gambar ni disnap, baba dah berpuluh kali kiss adik Yan...tengoklah muka adik Yan tu pun dah macam boring kena kiss, siap buat tangan mcm nak tembak baba jek hehehehe mama suka tengok muka boring adik Yan yg macam dah tak kuasa nak layan kisses from baba hehehehe

2nd PRIZE WINNER


Kashful - Definava

Saya suka sangat dengan gambar ni bila tengok Kashful gelak keseronokan tatkala kene cium. Yelah, apa lagi yang paling mengembirakan hati seorang ibu selain dari pada melihat senyuman si anak kan? Lagipun gambar ni diambil sendiri tadi, sebelah tangan pegang Kashful, sebelah tangan lagi snap gambar. Tak sangka plak dia nak senyum, alahai anak mama ni, tayang gusi plak....hehehe. Pastu mama dan Kashful kebetulan pakai baju sama-sama biru, macam berjanji plak, sehati sejiwa kita kan buah hati mama dan papa? Bab pakai baju sama warna ni memang tak planning, dah baju tu baru pakai masa pergi morning coffee pagi tadi, jadi sarung balik jelah masa nak ambil angin dengan Kashful petang tadi.


3rd PRIZE WINNER


Farhan & Emily - Mama Farhan

Ok ni gambar Farhan dan Emily masa besday bash dorang tahun lepas.. seperti yang kawan2 aku sedia maklum, farhan tu sangat la suka mencium adik dia, tak kira masa di mana sahaja .. memang banyak la aku snap gambar farhan tengah cium adik dia... tapi gambar ni lain sikit, sebab gambar ni betul2 spontan dan kamerawomen aku ni iaitu si sab, sempat snap gambar ni.. kira candid gak ni.. emily betul2 terkejut dapat hadiah ciuman dari abang tersayang.. just fyi, emily dan farhan berkongsi harijadi di bulan yang sama.. Emily pada 10 Oktober manakala Farhan 24 Oktober.. masa kejadian ni, aku pakaikan dorang baju theme Mickey Mouse, tu pasal la dua2 pakai head band kepala Mickey. hehehhe kalau ada sapa2 yang nak tengok gambar lain tentang bash budak2 ni click sini .. aku sangat suka gambar ni , tu pasal aku jadikan gambar ni sebagai gambar utama kat atas tu..

4th PRIZE WINNER



well.. story behind this pic.. that time daku preggy 7mnths. mr daddy ask his fren to take our outdoor photo. ku mmg excited sesgt sbb yela bkn slalu dpt peluang kan. plus bila dah ada aqil khalish, ku sbg model utama dah kena tendang tepi. asik2 muka aqil bam2..huh jeles nih..

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih banyak2 kepada yang sudi memeriahkan Yatie Chomeyl's giveaway ini. Buat yang tak menang, jangan berputus asa, insya Allah kalau ada rezeki lebih lagi pada masa akan datang...akan ada lagi giveaway dari blog chomeylku ini hehe. Untuk pemenang grand prize winner, sila tinggalkan komen untuk beritahu saiz yukata anak anda. Pemenang tempat ke-3 juga sila tinggalkan komen untuk memilih antara hadiah YC2 atau YC3. Semoga berjumpa lagi di lain giveaway dan semoga dengan contest ini akan mendapat lebih ramai kenalan. Tenkiu u olllss...



Tahniah kepada semua pemenang.

Dayang's Giveaway

Ade contest lagi ni. Memang menarik, namanya Dayang's Giveaway. Kalau pergi melawat ke blog Dayang, banyak barang-barang menarik hasil kerja tangan Dayang sendiri. Apa yang paling aku berkenan ialah cross stitch cam kat bawah ni.


Cantik kan? Bestnya kalau dapat. hehehe

Nak join contest ni senang jer. Ni saya copy & paste syarat-syaratnya dari blog Dayang:-

1) comment kat entry ni..
2) dalam comment tu..tulis la barang apa yang kamu paling suka dalam blog saya ni
[yang saya jahit sendiri dan pilih 1 sahaja]
3) pastu buat entry pasal giveaway ni dalam blog kamu..
4) kalau siapa2 yang tak ada blog boleh send email kepada kawan2..dengan tajuk 'Dayang's Giveaway' pastu cc ke bintangbiru_dms@yahoo.com..
ok..tu je yang wajib..
saya akan menggunakan mr.random generator untuk pilih pemenang..
tapi..
untuk follower
dan juga mereka2 yang ada add blog saya dalam bloglist mereka
saya akan bagi hadiah extra kalau kamu adalah pemenang..
[tolong mention dalam comment ye..]
hadiahnya..
apa saja yang kamu suka dari blog saya..
dan juga beberapa hadiah lain yang saya akan tambah..

tarikh tutup pada 31 OGOS 2009..

Sungguh mudah kan? So, aper lagi, jommmmmmmmmmmmmmm!!!

Thanks Dayang sudi anjurkan contest ni :)

"HAPPY FAMILY CONTEST"

Kali ni nak masuk "HAPPY FAMILY CONTEST" pula. Contest ini dianjurkan oleh http://iedaluvsham.blogspot.com. Terima kasih kepada Ieda yang berbesar hati mengadakan contest ni. Tema contest yang menarik dan diyakini mampu untuk menarik ramai blogger memeriahkan contest ini. Untuk terus ke laman contest, boleh klik pada banner kat bawah:-


Nak kene upload gambar. Gambar pilihan aku ialah:-


Syarat-syarat penyertaan ialah:-

1. ADD BLOG iedaLUVsham D BLOGLIST KORANG

2. UPLOAD BANNER "HAPPY FAMILY CONTEST" KAT SIDEBAR.

3. BUAT ENTRY KHAS BERTAJUK "HAPPY FAMILY CONTEST".

4. UPLOAD HANYA 1 (SATU) GAMBAR YANG THE BEST YANG MENGGAMBARKAN KEGEMBIRAAN DLM KELUARGA ANDA! ;) BAGI YG BELUM BERKAHWIN, UPLOAD PIC BERSAMA2 FAMILY KORANG, NO BOIPREN2, NO GEFREN2, HEHEHH!! ;p

5.DALAM ENTRI TU PASTIKAN ANDA MENTION & LINK KE iedaLUVsham & HAPPY FAMILY CONTEST (no link back will be disqualified)

6. Bila dah siap, tinggalkan link di entri ini SAHAJA =)

7. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg MENARIK&UNIK ;)

8.Hadiah utk pemenang adalah....RAHSIA,wakakaka!!

9.JANGAN RISO..TAKDE VOTE2 PUNYER,AKU TAKKAN SUSAHKAN KORANG, HEHEHE!!!.

10. OK, CONTEST BERMULA 11 OGOS - 12 SEPTEMBER 2009

Masa masih banyak lagi nie, jom kita join.

Jom Memasak Bersama....... Contest

Memasak punya contest telah muncul. Nama penuh contest ni ikut IC dia adalah Jom Memasak Bersama....... Contest, hehehe
Pertamanya, terima kasih kepada penganjur yang buat contest ni. Bagus gak share resepi. Tak lah asyik makan mende yang sama jer kan?


Menu pilihan untuk contest kali ini ialah Agar-agar Laici


Bahan-bahan
85g serbuk agar-agar perasa laici
Buah laici segar/dalam tin
200ml air / 4 cawan

Cara-cara
Didihkan air
Masukkan agar-agar - kacau hingga hancur
Sementara itu susun buah laici di dalam acuan
Tuang agar-agar ke dalam acuan

Nota:
Sekiranya tiada agar-agar perisa laici, boleh menggunakan agar-agar biasa dan dicampurkan dengan air buah laici di dalam tin ke dalam agar-agar yang dimasak.

Selamat mencuba.

Oke, maklumat mengenai contest ni ialah:-

Contest Title : Jom Memasak Bersama....... Contest
Contest Period : 5/08/09 - 4/09/09
Hadiah :Barangan dari Tupperware

Term & Condition:
1.Buat satu enrty berkenaan resepi masakan yang paling simple tuk disediakan dalam blog anda. (Tak kisah la masakan tuk breakfast ker, lunch ker, dinner ker, supper ker, western ker, masakan kampung ker as long ikut criteria yg dinyatakan)
2. Upload gambar masakan anda.
3. Upload pic giveaway diatas di sidebar anda dan jangan lupa linkkan ke " Jom Memasak Bersama... Contest" (tak yah jd follower,tapi kalu nk jd follower dialu2kan)
4. Tinggalkan komen anda dan link blog anda supaya saya boleh menjengah ke blog anda.
5. Pemenang akan dipilih secara random/lucky draw. (Gambar hadiah akan di-upload later,)

Meh kita pakat share resepi. Kalau selalu buat potluck, tak ler pening kepala nak masak ape kan? :)

Yatie Chomeyl's giveaway - Kisses of Love

Tu dia, ada contest lagi! kali ni ade contest dari Yatie Chomeyl pula. Contest ni ni diberi nama Yatie Chomeyl's giveaway - Kisses of Love . Penaja contest ini adalah suami Yatie Chomeyl yang terchenta selaku tukang sponsor hadiah. Sungguh sporting dan murah hati incik hubby Yatie Chomeyl ni. Semoga murah rezeki sokmo :)


So, peserta-peserta contest ini adalah jeng jeng jeng:-

Gambar ni fresh lagi dari kamera. Baru jer snap petang tadi khas untuk entri kali ni. Wah, bukan main semangat lagi. Bukan aper, tanda perkenalan dan juga menyokong acara yang dianjurkan oleh kengkawan blogger kan? Saya suka sangat dengan gambar ni bila tengok Kashful gelak keseronokan tatkala kene cium. Yelah, apa lagi yang paling mengembirakan hati seorang ibu selain dari pada melihat senyuman si anak kan? Lagipun gambar ni diambil sendiri tadi, sebelah tangan pegang Kashful, sebelah tangan lagi snap gambar. Tak sangka plak dia nak senyum, alahai anak mama ni, tayang gusi plak....hehehe

Pastu mama dan Kashful kebetulan pakai baju sama-sama b
iru, macam berjanji plak, sehati sejiwa kita kan buah hati mama dan papa? Bab pakai baju sama warna ni memang tak planning, dah baju tu baru pakai masa pergi morning coffee pagi tadi, jadi sarung balik jelah masa nak ambil angin dengan Kashful petang tadi.

Terima kasih kepada Yatie Chomeyl dan suami.

Wahai kengkawan bloggerku,
jom kita pakat cium anak beranak kita dan sertai contest ini. Yang mahram jer lah. hehehe

CONTEST BAJU RAYA SEDONDON

Hehehe....contest lagi!!!! Mengah rasanya dengan contest kali ni tapi seronok nak join. Kalau boleh semua nak join. Antara sempat ngan tak jer. Bila tengok balik entry bulan ni, memang sah banyak betul pasal contest. CONTEST BAJU RAYA SEDONDON ni dianjurkan oleh iburikazz.


Godek punye godek notebook, akhirnya terjumpalah gambar baju raya sedondon dengan suami.


Nama: Nornaimah binti Wahab @ Abdul Wahab
Nama Suami: Mohd Amiruddin bin Hamzah

Ini adalah gambar pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, 2008. Kali pertama kami beraya sebagai suami isteri dan jauh pula di perantauan. Walaupun pilu hati tidak dapat meraikan hari raya bersama-sama keluarga, namun kemeriahan hari raya di sini tetap dirasai. Tema warna pada tahun ini ialah peach. Saya suka betul warna ni. Nampak lembut dan sejuk jer hati. hehe. Masa ni baby masih lagi belum lahir, lebih kurang 5 bulan di dalam kandungan.

Terima kasih buat iburikazz dan para penaja. Nanti buat banyak-banyak lagi contest. Boleh kitaorang join...hihihi

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Bulan Ramadhan al-Mubarak bakal menjelma sedikit masa lagi. Mood Ramadhan pun sudah mula terasa di mana-mana. Semoga kita sama-sama dapat merebut seribu macam kalebihan dan ganjaran yang telah disediakan oleh Allah Taala di bulan yang penuh Rahmat ini.

Di sini, ingin saya kongsikan sedikit tentang Persediaan Ramadhan: Untuk sesiapa yang nak bersedia....


Asslamualaikum w.b.t

Kawan-kawan, ramadhan tahun ni, bakal menjengguh diri dalam dua atau tiga hari sahaja lagi. Ada orang tak rasa apa-apa... datanglah nak datang ramadhan oiii... aku sama juga. Ada yang sekarang dah cari minyak petrol nak panaskan enjin, sebab start je satu ramadhan, nak pecut terus, taknak toleh dah.Saya teringat ada satu Hadith yang mengatakan "celakalah bagi mereka yang apabila datang bulan ramadhan, mereka tidak melakukan apa-apa, dan biarkan ramadhan berlalu begitu sahaja...".

Pertama sekali, kita perlu berdoa sebab dalam 3-4 hari ni macam-macam boleh berlaku. Kadang2 teringat kematian Ust. Asri Rabbani dalam dua tiga hari yang lepas. Saya teringat satu lirik lagu nasyid Nada Murni "Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa...". Itulah hakikatnya. Marilah kita berdoa agar usia kita dapat mencecah satu lagi bulan ramadhan dalam hidup kita. Dan setelah kita berjaya mengecapi satu ramadhan, kita doalah agar kita dapat mengecapi 30 hari puasa dalam ramadhan.

Nabi pernah berkata, jika seseorang yang meninggalkan puasanya tanpa ada sebab yang diharuskan (oleh syarak seperti sakit dan bermusafir), dia tidak akan dapat mengganti pahala satu hari tersebut walaupun dia berpuasa seumur hidupnya". Lihatlah besarnya kelebihan bulan ini. Mewahlah orang yang mengikutinya secara bersungguh-sungguh. Pastinya, kalau kelebihan itu tuhan tukar dengan emas, pastinya manusia akan merangkak berpuasa untuk mendapat kelebihan tu. Tapi Allah tahan dulu emas tu dan hanya diberi dalam bentuk wahyu atau kata-kata atau janji. Dan sebagai tanda keimanan, tuhan berjanji setiap janjinya tidak akan dimungkiri. Terpulang pada kita nak menyakini atau mempercayainya...

Berikut adalah persediaan untuk menghadapi ramadhan.

1. Rajinkan diri untuk membaca ayat-ayat lazim yang dah lama di tinggalkan.
Kalau saya teka surah Al-A'diyat, kawan-kawan buleh baca atau tidak? Cubalah ulangi sebab bacaan ini amat perlu untuk baca dalam solat terawih. Biasa semayang biasa-biasa duk baca Kul Huwallah, Inna A'toyna. Biarkan mertua anda terkejut apabila balik berbuka puasa di kampung, anda mengajaknya semayang terawih di rumah sahaja dan diimami oleh anda sendiri. Biarlah mertua anda (takpun isteri anda) kata anda buang tebiat sebab belum pernah anda jadi imam. Buktikan kemampuan anda.

2. Buka balik buku khaifiat solat terawih.
Solat terawih adalah hadiah yang besar daripada Allah kepada Umat Nabi s.a.w. Solat ini perlu dilakukan dengan betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Khaifiat bererti bagaimana menunaikan solat terawih ini dilakukan.

3. Perbanyakkan membaca hadith-hadith mengenai kelebihan bulan ramadhan.
Bulan ramadhan dan kelebihannya banyak diceritakan dalam hadith-hadith sahih. Bacalah hadith-hadith itu kerana itu adalah mutiara yang paling bersinar peninggalan Rasulullah s.a.w tercinta. InsyaAllah melalui pembacaan itu akan membuatkan kita rasa lebih bersemangat untuk melakukan ibadah di bulan puasa. Walaupun dilihat "lekeh" apabila melakukan ibadat kerana kelebihan, namun kita wajar mengukur diri dengan iman yang ada. Perlu diingat, kelebihan yang ada dalam bulan ramadhan bukan menjadi asbab kepada ibadat kita. Kelebihan adalah rahmat Allah kepada umat Nabi s.a.w sahaja.

4. Berusaha meninggalkan perkara yang buruk.
Perlu diingat, bulan ramadhan adalah bulan yang paling berkat. Puasa bukan hanya lapar dan dahaga sahaja. Tapi 100% pengamalan islam perlu dibuat. Daripada berkata benar sehinggalah hujung kuku juga hendaklah dijaga. Pakaian perlu mengikut piawaian Islam dan pergaulan juga. InsyaAllah 30 hari akan menjadikan perkara tersebut tabiat yang baik yang lekat pada diri anda.

5. Azam
Perkataan yang pendek, tetapi membawa makna yang besar. Azam menjadikan seseorang itu terampun dosa kerana merupakan komponen taubat yang paling kritikal. Tanpa azam untuk tidak melakukan lagi perbuatan dosa, menjadikan taubat seseorang itu tergantung. Jadi, perlulah kawan-kawan berazam untuk memenuhkan bulan ramadhan ini dengan amal ibadat dan mendapat kemuliaan lailatul qadar.

Penutup
Kalau sebelum ni kita bertemu bos, "Bos saya nak cuti..." Bos tanya, nak cuti sebab apa? "Kita jawab", Bos, saya nak bawak wife saya gi makan angin kat blablabla... Apa kata dialog tu diulangi balik..."bos, saya nak mintak cuti, nak beribadat di bulan ramadhan..." kalau bos kata "Eh engkau ni, sebelum ni aku tak pernah tengok pulak engkau semayang... alih2 nak cuti untuk terawih..." Jawablah... "Bos, tak baik cakap macam tu, saya nak bertaubat ni bos.., bos pun patut wat macam saya, ambil cuti... tahun lepas bos tak pose... (kalau berani la)

Banyak lagi persiapan yang boleh kawan-kawan buat... insyaAllah, bersambung pada tazkirah seterusnya...

Amir Hamzah
Washington DC
26 Shaaban 1430 / 17/8/2009

sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=120038175818&ref=nf

Semoga sama-sama mendapat manfaat daripadanya, insyaAllah.

Baby in Pink Contest

Wah, ade contest lagi. Nampaknya bulan Ogos ni memang meriah dengan contest. Contest kali ni ialah Baby in Pink Contest. Dianjurkan oleh Sha a.k.a ibu Puteri.

Contest untuk anak-anak tapi kita yang mak-mak ni pula seronok nak join. Bukan ape, rasa meriah pula bila geng-geng blogger yang lain pun turut serta. Semangat bertanding, menang kalah belakang kira, yang penting sama-sama seronok menyertai contest ni kan?

Nama: Ahmad Kashful Hakimi bin Mohd Amiruddin
Tarikh Lahir: 11hb Febuari 2009


Kashful patut menang contest ni kerana walaupun warna pink dikaitkan dengan baby girl tapi apabila warna pink dipakaikan pada Kashful nampak cute dan comel sangat (maaf yer kengkawan, bukan nak riak, tapi dah ditanye, kene promote skit lah....hehe). Jadi siapa kata warna pink sesuai untuk girl saja, boy pun boleh pakai warna pink apa? Lagi terserlah kecomelan baby kita kan?

Sha nampaknya memang suka warna pink dan menyertai contest dah jadi minat Sha. Sudah banyak contest yang Sha sertai dan kebanyakannya disertai untuk buah hatinya, Puteri, bukan sahaja dalam blog, kat luar blog pun ada. Ada juga yang Sha sertai untuk diri sendiri. Jadi kalau nak tahu pasal contest, terjah aje blog Sha yang dah jadi one stop point, segala contest ada kat situ. Selain daripada itu, seronok tengok perkembangan Puteri yang semakin membesar. Perkongsian cerita yang menyeronokan.

Terms and Conditions for this Contest :

1. Contest ini terbuka kpd semua BLOGGER.. Tempoh Contest adalah dari hari ini sehingga jam 5.00 ptg pada 22 August 2009. (Done)

2. Contestant diwajibkan menjadi FOLLOWER blog Sha a.k.a ibu Puteri serta ADD link blog ini dalam bloglist anda.(Done)

3. Contestant diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog masing2.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini : http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html (Done)

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat special entry tentang contest ini. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..(Done)

5. Jantina baby tak kira boy or girl, yg penting gambar tersebut mestilah gambar anak anda berpakaian baju or seluar berwarna PINK. Anak anda mestilah yang dilahirkan dalam tahun 2007-2009 sahaja..(Done)

6. Dan jangan lupe utk jwb soalan ini :
a) Kenapa anak anda patut menang dlm contest ini??
b) Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini?? Just nak tahu ape yg anda tau..Extra marks k.. (Done)

7. Pastikan di entry anda terdapat link2 ini ( kalau xde, ur entry will be DISQUALIFIED). (Done)

Link blog ini http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/

Link contest ini http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html

8. Setelah entry anda mematuhi semua syarat2 yg telah ditetapkan, sila tinggalkan URL-Link-Contest anda di ruangan Comment entry ini sebagai tanda anda dengan SAH nye telah menyertai contest ini juga memudahkan juri membuat semakan..(Done)

9. Pemenang akan ditentukan oleh juri Profesional yg dilantik sendiri..huhu...

Hadiah Misteri Menanti Anda!! Penaja Amat Dialu-alukan!!

So kengkawan, ape tunggu lagi. Sama-samalah kita mengPINKkan baby kita. hehehe

" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"

Nampaknya ade contest lagi. Contest kali ni ialah " BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess" yang dianjurkan oleh Mommy Zara dan si cute Princess Delisha...hehehe. Terima kasih kepada pihak penganjur yang berbesar hati dan rajin betul mengadakan contest.


Syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara (done)
2. sila add banner di atas pada sidebar (done)
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah (done)
4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri (done)
5 sila nyatakan bila gambar diambil (done)
6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k (done)

Boss tengah menonton TV ni, jangan kacau. Teh tarik satu!!! hehehe


Papa ni, buatlah gaya muncung cam Kahsful, mesti lagi encem... :)

Nama: Ahmad Kashful Hakimi bin Mohd Amiruddin
Umur: 6 bulan 5 hari (11hb Febuari 2009)

Gambar pertama diambil pada 7hb Ogos 2009. Gambar ni semasa di rumah. Kebetulan papa ada dekat Kashful masa tu, terus papa ambil gambar ni menggunakan handphone papa. Memang kitaorang nak gelak setiap kali tengok gambar ni.

Gambar kedua pula diambil pada 18hb Julai 2009 di rumah boss papa. Masa ni diadakan BBQ. Kashful masa tu suka betul buat gaya mulut muncung camtu sejak dah pandai buat aksi tu beberapa hari sebelumnya.

Sebagai tanda menyokong dan bagi memeriahkan lagi contest ni, jom kita pakat join ramai-ramai! (^_^)

Tag dan Awards dari Bie Cayang :)

Nampaknya Kak Bie begitu menyayangi kite. Ada saja homework yang dia nak kasi. Kalau ikutkan hati memang nak settlekan cepat-cepat homework ni, bukan ape, takut kene denda ngan guru besar nanti, hehehe

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada Kak Bie yang selalu ingat kat kite tau.

g


qwe


yui


jjj

Nyatakan 6 Fakta tentang pemberi award ini :

1) Seorang berjiwa halus walaupun nampak grrrr (hahaha)
2) Seorang penulis yang gigih
3) Seorang yang suka melawak
4) Suka membaca
5) Cerewet sebagaimana yang diakui sendiri.... :P
6) Suka warna hitam, hitam itu menawan katanya tapi disebabkan sakit mata nak baca kat background hitam, maka berpaling tadah kepada putih plak....hikhik

Nyata 9 fakta mengenai diri sendiri :

1) Mudah mesra.
2) Suka nombor 7.
3) Suka gak pada seni.
4) Suka nyakat orang.
5) Suka masak walaupun tak terror pun....hehe
6) Suka warna biru, ungu, hijau dan warna lembut. Corak Inggeris pun cantik.
7) Tak suka bau asap rokok, bas, kereta, kilang (sama ah Kak Bie....hihihi)
8) Suka menjahit
9) Suka suasana redup, seronok nak meronda.

Orang yang kene buat homework ni plak....hikhik :

1) Watie
2) Intan
3) US
4) Aida
dan mereka yang sudi ler....hihi

Okess cikgi Kak Bie, homework ni dah settle. Harap tak denda buat kijer lambat naih...hehehehe... Thanks

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Hari ini genaplah umur Kashful 6 bulan (sewaktu entri ditulis pada 11 Ogos). Terasa begitu cepat masa berlalu. Memang seronok melihat perkembangan dan keletah Kashful dari sehari ke sehari. Tambahan pula sekiranya perasan kebolehan terbaru yang dilakukan.

Nampaknya contest untuk bulan Ogos ini sudah nak sampai ke penghujung. Jadi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan lagi contest yang dianjurkan ini. Sebagaimana yang diminta oleh pihak penganjur, tema pada bulan ini adalah permainan kegemaran bayi anda. Jadi di sini disertakan gambar-gambar Kashful dengan permainan kegemarannya.

Inilah permainan kegemaranku, jangan sesiapa ambil tau.

Mana teether toy ni nak lari, iskh, jangan tinggalkan Kashful...

Kashful dah pegang kemas-kemas, lepas ni tak akan hilang dah.

Rasa sikit, best tak? hihi

Bangun tidur pun gigit teether toy.

Nama: Ahmad Kashful Hakimi bin Mohd Amiruddin
Tarikh Lahir: 11hb Febuari 2009

Kashful suka bermain dengan teether toy ini bermula dari usia empat bulan lagi. Memandangkan Kashful memang suka menghisap jari, jadi saya rasa perlu untuk menggunakan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatiannya daripada menghisap jari sepanjang masa. Selain daripada itu, suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut turut menjadi faktor saya mencari teether toy ni. Sebenarnya ada juga kami membeli permainan lain, walaupun Kashful tetap bermain dengam semua permainan yang diberi, namun teether toy ini tetap menjadi pilihan hati. Selalunya teether toy ini akan dibawa ke mana sahaja bersama-sama.

Permainan memang merupakan satu alat yang amat penting untuk merangsang perkembangan bayi tidak kira dari segi mental dan fizikal. Sebagaimana bayi lain, Kashful memang suka memasukkan barang- barang yang dipegang ke dalam mulut, tidak kira untuk digigit atau dihisap. Teether toy merupakan alat permainan yang amat sesuai untuk bayi kerana:-

Ianya direka khas untuk bayi menggigit, jadi ia akan dapat mengelakkan bayi daripada menggigit dan memasukkan benda-benda yang tidak sepatutnya ke dalam mulut seperti objek-objek yang kecil dan tajam. Secara tidak langsung kes-kes tercekik dan kecedaraan pada bayi dapat dielakkan.

Terdapat dua tekstur padanya iaitu lembut dan keras. Tekstur ini membolehkan bayi belajar membezakan rasa antara dua tekstur ini. Bahagian tekstur yang lembut menggalakkan pembentukan gigi baru yang kuat dan sihat selain dari merangsang gigi dan gusi. Tekstur yang akan merangsang deria rasa bayi untuk bertindakbalas merasa dan memilih untuk menggigit salah satu dari tekstur tersebut.

Antara fungsi utamanya adalah untuk merangsang proses menggigit secara semulajadi kepada bayi. Secara tidak langsung, ianya boleh menjadi persediaan kepada bayi untuk menggigit makanan pejal yang lembut apabila sampai waktunya nanti..

Di samping itu juga, rekabentuk permainan ini sebenarnya turut merangsang penggunaan jari dan tangan, selain daripada mata dan telinga bayi. Ianya mudah untuk dipegang dan digenggam oleh bayi. Permainan ini turut didatangkan dengan warna-warna yang pelbagai dan menarik pemerhatian bayi. Selain daripadda itu, bunyi akan dikeluarkan sebaik sahaja ianya digoncang. Ini akan menggalakkan bayi untuk terus menggerakkannya.

Terjamin kebersihannya dan selamat. Permainan ini mempunyai bucu yang licin dan tidak tajam serta mudah untuk dibersihkan. Bayangkan sekiranya bayi memasukkan kertas, tisu, kain, pen dan objek-objek lain ke dalam mulut, sebarang kotoran dengan mudah akan berpindah kepada bayi. Sekali lagi risiko tercekik dan kecederaan juga boleh berlaku pada masa yang sama.

Kesimpulannya, pemilihan alat permainan untuk bayi dan anak-anak adalah amat penting. Bukan sahaja kebersihan dan keselamatan perlu untuk dititikberatkan, tetapi sebaik-baiknya adalah dapat membantu dalam merangsang perkembangan bayi kita. Tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk merangsang bayi kita. Malah, ada sesetengah permainan boleh diperolehi di dalam rumah. Apa yang paling penting, sama-sama gembira dan dapat mengambil manfaat daripada permainan tersebut.

Seterusnya, maklumat mengenai contest ini ialah seperti berikut:

Contest dianjurkan oleh MBP

Hadiah di taja oleh Photobook

Dan juga Alice Wonders


Terima kasih kepada pihak peganjur dan penaja. Jadi apa lagi, jom join contest!!!

My Little Baby Boy

Lilypie

My Lovely Fish

Bubbles