Nasi Air

Hari ni saya nak berkongsi resepi yang agak mudah untuk disediakan iaitu nasi air. Ada sesetengah tempat memanggilnya bubur kanji, bubur ayam pun boleh. Menu ni tidak pedas dan sesuai dimakan oleh anak-anak kecil. Boleh menjadi santapan pada bila-bila masa. Namun disertakan sekali kicap bagi sesiapa yang suka pedas. Selalunya kalau ada tetamu yang datang ke rumah, inilah antara menu yang menjadi pilihan. Budak-budak pun suka makan.

Bahan-bahan:
2 pot beras (pot plastik electric rice cooker)
3 liter air
1 sup bunjut
7 ketul sayap ayam (potong 3 - setiap sendi)
1/2 mangkuk bawang merah (dimayang)
rempah 4 beradik (3 cm kulit kayu manis, 6 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih, 2 kuntum bunga lawang)
sebiji bawang besar (potong 6 secara menegak)
garam, gula melaka/gula - secukup rasa

Cara-cara Menyediakan:
Rebus beras yang telah dibersihkan ke dalam air bersama sup bunjut - biarkan separuh masak
Goreng bawang merah yang telah dimayang sehingga kekuningan - masukkan rempah 4 beradik
Masukkan bahan goreng sahaja tanpa minya ke dalam nasi air yang sedang dimasak
Setelah nasi hampir masak, masukkan bawang besar, garam dan gula melaka/gula.

Kicap:
Kicap manis cap Kipas Udang, seulas kecil bawang putih, cili padi, garam, gula melaka/gula - dikisar lumat.

Nota:
Boleh menggunakan isi ayam, setelah isi ayam yang direbus masak, siat isi ayam tersebut, kemudian masukkan kembali ke dalam nasi air tetapi mencampurkan sekali nasi air ini dengan tulang ayam akan memberi rasa yang lebih sedap.
Ayam boleh digoreng juga terlebih dahulu sebelum disiat, selepas direbus.
Boleh dimakan bersama lobak asin, bilis goreng, tauhu goreng, fishball dsb.
Boleh taburkan juga bawang goreng dan daun sup di atasnya sewaktu menghidang.
Sekiranya bubur terlalu pekat, tambahkan lagi air.
Gula hanya sebagai perasa, jangan bubur ni jadi manis plak.
Setakat ini, guna kicap manis cap Kipas Udang adalah paling best. (tolong promote skit...hihi)

Okess, dah siap. Selamat mencuba yer kengkawan.

Awards from Mommy Lyna

Sebenarnya saya dah pernah menerima awards ni tapi atas penghargaan buat Mommy Lyna yang sudi kasi awards ni, maka saya nak tempek juga sekali lagi awards ni kat sini. Thanks to Mommy Lyna.

A lovely blog award Award and Tag from Kak Nur & Definabest blog award Award and Tag from Kak Nur & Defina

Kepada sesiapa yang belum lagi menerima awards ni, sudi-sudikanlah mengambilnya yer...

:)

Makan-makan Hujung Minggu

Pada hari Ahad yang lepas, 28hb Julai, diadakan majlis makan-makan secara santai kat rumah kami. Sebenarnya untuk meraikan hari lahir Puan Ruziah, boss JPA kat sini juga kedatangan Puan Marina, pegawai audit dari Jabatan Perakaunan Negara. Seronok juga bila boleh berkumpul sekali sekala pada hujung minggu ni.

Geng-geng pompuan bersantai sambil menonton Upin & Ipin.
Kashful walaupun boy, tetap diterima join group ni sebab masih di bawah umur....hehe

Yang ni geng-geng lelaki pulak mengambil tempat.

Hadiah dari Kashful buat Auntie Ruziah. Cepat auntie, berat kad ni....

Kashful & mama berposing ngan birthday girl (wah, muda plak rasanya...:))

Dapat hadian jam tangan, cantikkk...

Visa card, wah, best gie shopping ni. Auntie Marina berdiri kat belakang.

Bibik dengan gaya tudung periuknya. Chef bibik memang terror masak, best!

BBQ di tengah panas yang terik.

Kasi chance geng-geng lelaki makan dulu sebab bila meja makan dah kene conquer ngan geng-geng pompuan, dah takde chance nak menyelit :)
Papa, uncle Atoy, atok, uncle Azmee & uncle Azman.

Posing plak.

Lagi-lagi posing.
Kashful, mama, auntie Fuzy, wan, auntie Ruziah, auntie Fiza & auntie Marina

Kashful posing ngan mama plak.

Apalah yang mama dok borak ni, Kashful layan U & I lagi best.

Syoknya Kashful hisap jari. Habis semua jari nak sumbat dalam mulut.....:P

Ba ba chakkk!!!!

Uish, berat tul lah kamera ni. Kashful ingatkan nak tolong ambil gambar ni.

Kashful ngan auntie Fuzy

Alamak auntie, habis penyek pipi Kashful...

Kashful ngan uncle Atoy yang bangga sama putih (hikhikhik.)

Pandanglah lihatlah, tiru macam saya. Gaya terbaru Kashful yang suka kemam mulut, sepetkan mata sebelah.
Amaciam, boleh jadi model tak?

Kita terjah pula menu-menu yang ada pada hari itu:

Menu utama, nasi air

Nasi goreng cina pun ada

Sos cili dan tomato, made in Malaysia :)

Mashed potato with gravy

Menu-menu lain ialah BBQ ayam, kambing, sosej, salmon air asam, sandwich, coreslaw, garlic bread, kuih lapis dan buah-buahan.

Tag dari Kak Bie

These are the rules:

1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder. - done

2. Select the 6th photo in that folder. - done

3. Post that photo along with the story behind it.


Photobucket

- Ha, ni ler gambar dalam masjid Putrajaya. Ni masa kijer kat sana dan tinggal di rumah seorang kenalan. Kalau tak silap masa ni kitaorang pergi solat terawikh pada tahun 2007.

4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!the answer

a) Watie

b) Intan

c) US

d) Aida

e) Pak Penabahari

f) Mommy Lyna

dan sesiapa saja yg sudi.

Dah siap dah pun. Itu sahaja. Thanks a lot to Kak Bie yang sudi menepuk bahuku. Nanti kene tepuk balik. Rehat dulu sekarang yerrr........:)

Award dari Kak Bie

Award ni diberikan oleh Kak Bie atau nama glamernya Salbie S. Terima kasihlah sudi kasi award. Nampaknya sekarang ni sesi balas membalas award.

sfdg

1. Sila copy paste award ini di blog anda - done.

2. Sila copy paste award ini di side bar blog anda - okesss, akan ditempek juga ke sana.

3. Passkan kepada 5 rakan anda:

(5 je ker? kalo boleh mau kasi semua lah.....)

a) Watie

b) Intan

c) US

d) Aida

e) Penabahari

Oke, itu ajer, mujur tak kene soalan exam 50 soalan. Kalu tak jenuh nooo... (^_^)

Jom Tempek Awards

Ni ade lagi kerja sekolah yang tertangguh. Tengah bersemangat nak buat, jadi kene segerakan, kalau tak menggununglah nanti. Lagipun masih ade awards lain yang belum ditempek kat sini. Okay, awards ni semuanya datang dari Watie. Thanks a lot, my dear friend. I really appreciate it :)






Ok, rules utk terima award ini...

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link. - (done)

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award (yer, nanti akan diberitakan)

Okay, orang-orang yang dapat awards sekaligus kerja sekolah ialah:
  • Matmeer
  • A. Piee
  • Kak Bie
  • Intan
  • Kak Erisya
  • Pak Penabahari
  • Kak Sakura
  • Raudhah/US
  • Salfaezan
  • Norry
  • Julie
  • Malin
  • MamaFami
Award ni pula khas untuk rakan-rakan yg jd follower dia:)


Dan, yang terakhir adalah award-award di bawah. Sungguh banyak dan kreatif.

Award thanks sebab sudi berkawan dengan diriku nih.Ahaks ..

Award "Setarbaks" sempena perkenalan kita di alam cyber
Award "Blog Love" sebab aku suka blog-blog korang semua & suka baca!
Award untuk semua kawan-kawan blogger & follower2ku yang so lah amazingnya!!
Award "Setia Kasih" kerana sudi mampir, membaca & mengikuti perkembangan blogku setiap hari. Terharunya rasa di jiwa....
Award "Yehaaa, aku rockers" dengan harapan korang belanja sokmo.... hahahhaa

Award " 5 bintang Cute Blog" untuk semua yg bersemangat menghias & mencantikkan blog memasing

Fuhhh, kerja copy, paste & edit dah selesai....hihihi........

Kepada rakan-rakan blogger & followerku sila lah ambil award-award di atas nih yer. Sesiapa yang belum dapat awards tu pun boleh ambil.

Alkisahnya

Sebenarnya rasa tak sabar-sabar betul aku nak masukkan enty kali ni yang mana menjawab kepada segala persoalan dan tanda tanya yang sarat dalam kepala aku berkenaan blog aku ni. Sejak kebelakangan ni rasa macam pelik ajer blog aku ni. Member aku kata ada tinggalkan komen, tapi aku tak terima pun, dalam email pun takder, tak ke pelik tu? Memanglah blog aku ni bukannya famous sangat, tapi aku tau ade kengkawan yang singgah dan meninggalkan jejak mereka.

Segalanya terjawab tadi bila aku duk chit chat ngan member yang dicayangi, Watie. Dia pun heran ngan blog aku. Pastu dia bagitaulah ape yang pelik. Lepas check kat setting, ghupe-ghupenya aku tak perasan yang aku dah tersilap tanda hari tu semasa duk berkobar-kobar nak touch up blog aku ni. Selepas sessi testing, yer, aku dah dapat balik komen. Entah-entah mungkin ade jugak jejak teman lain yang tak dapat dikesan sebelum ni.

Godek punye godek, akhirnya semua komen tu dapat diselamatkan kembali, insyaAllah akan di reply nanti. Thanks to all.

Buat teman-teman blog yang pernah menjengah dan tinggalkan komen tapi tak terakam sebelum ni, maaf atas kesilapan teknikal yang tak diperasani ini yer....ampun...

Buat Watie pulak, terima kasih berbanyak. Sayang sangat kat ko. Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke 19 (tolak segala cuti yer....hehehe). Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, mendapat rahmat daripada-Nya dan menjadi lebih dan baikuntuk segala segi dari sehari ke sehari. Watie, asyik2 nama ko jer yang muncul dalam entry aku....hahahaha

Watie jadi Superwoman kali ni, hahaha
Thanks :)

BBQ di Petang yang Hening

Pada petang hari Sabtu yang lepas, 18hb Julai, kami sekeluarga dijemput ke rumah bos suami kerana ada majlis BBQ. Sebenarnya mereka sekeluarga baru pulang dari Alaska, berkampung kat sana menangkap ikan Salmon. Syok juga sekali sekala berBBQ. Kashful pun bukan main enjoy lagi. Mari kita tengok aksi-aksi tetamu terutama si kecil ni...

Papa, Kashful & mama

Geng2 model tiang kanopi, uncle Atoy, papa & Kashful.
Kashful dengan gaya muncungnya....

Uncle Atoy yang nak bertanding pipi paling chubby ngan Kashful.

Tak yah lawan lah uncle, Kashful dah menang dah ponnn....:)

Muka bangga lepas menang pertandingan....

Peminat Kashful, auntie Fuzy....Kashful maintain jer, control macho....hahaha


Mama & tuan rumah, Puan Ruziah

Tolonggggg, Kashful kene himpit!!!!!!!!!!!!!!

Mama boleh duduk rilex sebab ada orang yang suka pegang Kashful....hehehe

Borak-borak kopi o

Ambil angin kat luar rumah


Dah malam pun, Kashful siap bersalin baju tidur lagi

Atas permintaan auntie Watie dan auntie Intan, gambar Kashful telah diperbesarkan beberapa keping, siap fokus kat muka lagi. Aunties, special untuk aunties kay....:)







Seterusnya, menu-menu yang ada:

Menu utama, Salmon bakar

Roasted chicken & homemade beef burger....yummiesss!!!

Jagung bakar yang enak

Fuh, air buah mata kucing/longan...hilang dahaga...

Roti John USA

Pengat jagung

Buah-buahan

Salad

Puding karamel

My Little Baby Boy

Lilypie

My Lovely Fish

Bubbles