Kisahnya dah lama saya terima awards ni tapi sekarang baru berkesempatan nak masukkan ke dalam blog ni. Terima kasih kepada pengirim awards tersebut. Details berkenaan award ni adalah seperti di bawah:-


1st Award

2nd Award

1. Copy badge untuk diletakkan diblog anda - (done)

2. Link @ ceritakan siapa yang memberi award ini – Tak lain tak buakan, member aku yang gempak, Watie lah...hehehe. Thanks a lot yer Watie. Kat atas tu sajer tak mo citer panjang lebar pasal pengirim awards ni, karang tak ikut skema soalan plaks....hehehe

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda ditag) -
1.* Saya seorang isteri kepada suami penyayang & baik sesangat – Mohamad Amiruddin Hamzah @ ibu penyayang kepada seorang bayi lelaki – Ahmad Kashful Hakimi (Watie, yang ni aku copy & paste yang ko jer, sebab memang betul pon, tukar nama jer....hehehehe)
2.* Saya seorang yang mudah mesra dengan orang lain.
3.* Baru meraikan kejutan sambutan hari lahir daripada suami pada 7 Mac 09 dan juga 1st Anniversary pada 29 Mac 09 baru-baru ni semasa di dalam pantang.
4.* Sekarang tengah bercuti tanpa gaji kerana mengikuti suami bertugas di Washington DC tapi kami menetap di Vienna, Virginia.
5.* Minat menjahit. Cikgu jahit saya ialah Mak Cik Faridah. Orang panggil Faridah Singapura. Beliau dah macam mak sedara saya. Daripada beliau jugaklah saya belajar jahit baju lace tiga pasang (sepasang aku guna semasa bertunang manakala sepasang lagi sewaktu majlis sambut menantu). Selain daripada itu, saya juga belajar menjahit tabir pelamin, tabir bilik tidur, buat bunga telur (rasanya ada dalam 450 biji bunga telur yang saya buat hari tu) dan macam-macam lagi kerja tangan. Beliau pesan, walaupun tak tahu siapa calon suami lagi pun, belajar ajer dan buat ajer sikit-sikit. Mujur saya ikut nasihat beliau, jadi tak lah kelam kabut masa majlis kahwin aku haritu. (sorry, terpanjang plak cerita....hehehe)
6.* Saya suka beli buku resepi walaupun jarang masak ikut buku tu....hihihi
7.* Suka kepada buku motivasi dan bagi motivasi kat orang lain.
8.* Saya beli peralatan dapur. Kalau boleh, segala perkakas nak saya letak kat dapur. Tapi kebanyakannya memang memudahkan kerja macam Magic Bullet, Kitchen Aid nyer Mixer, Bread Maker dan macam-macam lagi.
9.* Suka juga pada penulisan. Yang tak sangkanya, sajak saya pernah tersiar kat Berita Minggu serta terpilih di radio IKIM.fm dan seterusnya tersiar di dalam majalah Anis sehingga melayakkkan saya mendapat langganan percuma majalah tersebut selama enam bulan. Sajak tu memang on the spot saya taip dalam handphone....:)
10.* Dealer setia Perfume For All. Tokey dia Watie lah.

4. Pilih 6 orang penerima award seterusnya & nyatakan nama mereka diblog - Kalau ikutkan, saya pun nak kasi semua orang, tapi dah diminta enam orang jer....

Salbiah
Salfaezan
Erisya
Sakura
Aida
Ummi Salsabila