Rasanya winner lain dah lama buat entri nie tapi disebabkan saya baru terperasan tentang keputusan bagi Winner of Baby in Pink Contest ni tadi, tu berkobar-kobar nak buat entri ni. Sebenarnya agak lama juga tak berblog sehinggalah entri Awal Muharam, tu pasal boleh tak terperasan yang Sya dah umumkan pemenang untuk contest ni.

Sebenarnya tak sangka sangat Kashful boleh menang. Rezeki Awal Muharam barangkali. Entri ni dibuat khas untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat Sya dan para juri yang memilih Kashful. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan contest ni sila klik di sini. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi yer Sya. Semoga Sya pun dimurahkan rezeki.