Setelah sekian lama beraya, akhirnya dapat gak nak update blog. Sampai minggu depan ni masih ada lagi jemputan open house. Sampai malam. Tema warna baju kitaorang pada hari raya pertama adalah biru manakala pada hari raya kedua pula adalah hijau. Thanks a lot to Along kerana dalam sarat menunggu masa untuk melahirkan baby sanggup bersusah payah uruskan baju raya kitaorang. Kalo tak, beraya dengan mana-mana baju yang ada jelah. Excited sangat dapat tengok Kashful mengenakan baju melayu, siap berkopiah lagi cuma tak bersampin sebab terlupa nak minta belikan hari tu.

Pertama kali beraya bertiga di perantauan.

Kashful berkopiah sampai nak tertutup mata.

Kashful muka teruja dapat beraya...hehehe

Penat mama agah Kashful nak suruh gelak.

Berposing selepas solat raya di Kedutaan Malaysia, US.

Kashful dan papa

Kashful dan mama tapi pandang ke lain lah pulak.

Kashful amat suka menggigit. Gatal gusi kot.

Bergaya dengan baju hijau pucuk pisang.

Senyum macam tak senyum :)