Hehehe....Sebenarnya dah lama nak masukkan entri ni, tapi disebabkan tengah mabuk dengan pelbagai jenis contest, tu sampai tertangguh nak masukkan video Kashful yang duk membebel ni. Video ni diambil oleh hubby sewaktu kitaorang pergi ke pasar raya Safeway pada 15 Ogos hari tu . Biasalah, kalau time shpopping orang pompuan tolak troli, stroller kasi orang lelaki yang tolak...hikhik..

Video asal tak dapat dimasukkan sebab saiz terover limit. Nak edit plak, software tu tak match lah pulak. So, disebabkan nak masukkan juga ke dalam blog, maka saya ambil video dalam video guna hp saya sendiri, sebab tu gambar tu agak blur sikit...hehehe

Oke, meh layan video bebelan Kashful ni :)