Wah, rupa-rupanya sudah dua bulan saya tak update blog saya ni. Sekejap ajer masa berlalu. Sekarang semangat untuk berblog datang kembali.

Ini gara-gara kawan saya bernama Watie. Kami kenal semasa sama-sama belajar di UTM dulu. Sama course dan tinggal di kolej yang sama cuma bersebelahan bangunan ajer semasa tahun satu dulu. Saya yang menjadi pembaca setia blog beliau tiba-tiba rasa teruja dan exited pula apabila membaca entri terbaru beliau tadi. Saya sebenarnya baru balik dari jemputan makan malam di rumah salah seorang kenalan kami. Bila menjengah ke blog beliau, beliau bercerita berkenaan topik perbualan kami malam tadi di sana tapi waktu siang di sini. Punyalah seronok berborak dengan beliau sampaikan tak sedar rupa-rupanya dah 45 minit masa berlalu.

Beliau ni memang seorang superwoman dan juga multitasking woman. Macam-macam aktiviti yang dibuatnya dalam satu masa. Beliaulah suri rumah, cikgu pada baby Qarissa, business woman (http://www.patiperfume.com/) dan macam-macam lagilah. Apa yang pasti saya yakin ramai orang suka berkawan ngan beliau yang baik hati dan suka menolong orang ni. Beliau ni memang kalau bab-bab marketing memang sangat bagus dan pandai mempengaruhi orang tapi saya tak kisah pun sebab, kalau beliau promotekan sesuatu, insyaAllah, mesti apa yang dipromotekan tu adalah sesuatu yang bagus sebab beliau akan cuba terlebih dahulu ke atas diri beliau. Banyak info yang berguna dan menarik yang boleh didapati dari blog beliau melalui pautan http://geniusqarissa.blogspot.com/. Rasanya entri kali ni kene letak title "watie oh watie" lah...hehehe

Antara blog kegemaran saya yang lain ialah:

http://amir-legacy.blogspot.com/
http://www.ustazshafiee.blogspot.com/
http://erisya-celahkehidupan.blogspot.com/
http://sakurasa2.blogspot.com/