Hari ini adalah hari ke 35 saya berpantang. Tinggal lagi lima hari untuk cukup kepada 40 hari. Sekarang ini adalah dalam fasa menghitung hari untuk merdeka daripada pantang. Hari Ahad depan bolehlah saya celebrate...hehehe
Sebut mengenai pantang, kalau ingin dikenang memang sayu juga rasa di hati. Iyalah, ini kerana disebabkan hanya kami tiga beranak sahaja berada di perantauan. Kalau di kampung, pasti ramai ahli keluarga yang menolong serba serbi. Tapi, apabila direnung-renung kembali, saya amat bersyukur kerana Allah memberi kemudahan yang lain pula kepada saya sekeluarga. Bermula daripada hari saya mendaftar ke labour room sehingga ke hari ini. Semasa pendaftaran hari itu, sehingga keluar dari hospital (Inova Hospital - Women Center, Fairfax) segalanya diuruskan oleh kami (suamilah yang banyak ke hulu ke hilir). Selepas sahaja keluar dari hospital, dalam masa 11 hari sepanjang suami saya berada di rumah, pembantu rumah (kami panggil bibik) bos kepada suami datang ke rumah kami pada waktu siang. Pada waktu pagi, suami akan ambil bibik dan pada waktu petang baru dihantar pulang. Bukan setakat baby kami yang bibik mandikan, malah dengan saya sekali dia tolong mandikan. Selepas itu siap pakaikan bengkung lagi.
Pada mulanya saya agak pening juga memikirkan mengenai tukang urut selepas bersalin nanti, tapi Alhamdulillah, saya boleh bernafas lega disebabkan kerana ada seorang pembantu rumah salah seorang bos jabatan lain di sini yang pandai mengurut, siap boleh naikkan peranakan lagi. Dalam tempoh 40 hari ini, dia hanya mengurut badan sahaja, hari ke 40 nanti baru dinaikkan peranakan. Selain daripada itu, dia juga tolong buatkan saya air halia lagi. Kadang-kadang siap bawa lauk dan kuih-muih untuk saya. Siapa sangka, walaupun jauh di bumi orang, pertolongan Allah ada di merata-rata.
Apa yang buat saya paling terharu dan tersentuh adalah kesanggupan suami saya menjadi tukang masak untuk saya sepanjang tempoh saya berpantang ini. Setakat ini saya tidak pernah lagi memasak. Tiap-tiap hari sebelum beliau pergi kerja, beliau akan masakkan tumis sawi dan ikan panggang kepada saya. Ikan mackerel panggang yang dimasak oleh beliau sudah menjadi favourite saya apabila dimasak cara sebegitu. Sebelum ini saya sudah tidak berselera sangat dengan ikan mackerel kerana rasanya agak hanyir di tekak saya, tetapi apabila dipanggang sebegitu, berselera pula jadinya. Suami saya sekarang dah terror masak sotong, udang dan ikan masak merah. Kambing steam beliau pun best. Lepas ini saya bolehlah order pula dengan beliau, hehehe...
Sebenarnya kawan-kawan di sini ada yang selalu berpesan, sekiranya memerlukan apa-apa pertolongan, segera memberi tahu mereka. Kami bukan ingin menyombong tetapi selagi kami boleh menguruskan sendiri, kmi akan cuba selesaikan satu-satu perkara tu. Lagipun, memang menjadi kebiasaan kami untuk tidak menyusahkan orang lain.
15 comments:
eh! dalam pantang mana boleh menulis. nanti bentan urat.. :)
ha...ye ke abg pie? nak kene tunggu hari ahad ni lah nampaknya....:P
aha.. mestila.. nak fikir kena pakai urat otak.. tu yang bahaya tu.. nanti nueron tak bersambung.. eheh.. cuba tanya amir.. :)
la.. tak update lagi ke?
update tambah entry ke? rehat mata sat...:)
askum...
teringat mase naimah wat tumis sawi untuk kak nor masa pantang dulu...ehe..dah setahun pun umur wajdan...
salaam Fina....rindunya kat Fina. selalu-selalulah update blog ya :)
wan: salam kak nor...
tumis sawi cincai jer k nor, makanan org dalam pantang, sekarang ni blh la merasa lauk lain...
erisya nor: salam kak erisya. rindu kat akak jugak. so far, kene tengok kelapangan dengan bb dulu...
camner ...lepas merdeka ni? pasti leka tengok bb mungil ;)
kak erisya,
sori ler, skrg ni mmg duk berblog n berdialog ngn bb jer....hehe..
alhamdullilah, baguslah ko habis pantang dengan selamat..bagusnya suami hang tolong masakkan..untung bertuah ko erk..? leh lah beranak banyak2 lagik..hehehehe
nak maintain badan bg minum susu badan jer kat kashful. Insya Allah maintain beb ..:)
oic... defina kat US yek ?
aduhai mak, jauh nyer...
takpe, pengalaman yg penting...
nanti tempek la gambo baby...
bak kata watie, beranak bebanyak. alamat nyer, hubby defina resign keje ler, jadi tukang masak full time untuk ibu bersalian... he he he
watie,
Alhamdulillah, walaupun berdua dengan hubby, tapi syukurlah segalanya dipermudahkan oleh Allah.
betul tu, kalu breastfeed, langsung tak perlu pk pasal diet, kan kan?
aida,
thanks menyinggah. nnt saya tempek banyak. so far kalu aida nak tengok gambar baby, boleh ke http://amirnaimah.myphotoalbum.com/.
wah, cam nak jadikan pasukan bola sepak jer...hehehe
Post a Comment