Haaaa....harini saya ingin berkongsi resepi kegemaran kami iaitu maggo lassi. Cuba, jangan tak cuba yer. Mudah, jimat dan sedap.
Bahan-bahan:
Jus pati mangga / mangga sedarhana besar dua biji
Susu segar satu gelas
Plain Yogurt satu cawan
Gula pasir lima sudu (bergantung kepada selera masing-masing)
Air masak satu cawan
Ais satu cawan
Cara Membuatnya:
Kisar mangga, yogurt, susu segar hingga sebati
Masukkan gula dan air masak, kisar lagi
Masukkan ais dan kisar hingga hancur.
Sedia untuk dihidangkan
Nota:
Boleh dihidangkan dengan hirisan mangga.
Gula boleh dimasak terus dengan air masak.
Ais boleh diletakkan asing sewaktu menghidang.
Sekiranya suka, boleh masukkan esen vanilla.
Ada juga yang tak masukkan susu.
Bahan-bahan adalah anggaran saya sahaja, sekiranya suka, boleh lebihkan atau kurangkan mana-mana bahan di atas.
Selamat Mencuba....:)
5 comments:
TK Nak Defina,
Pak nak cuba tp gula kena kurang lah.
serius sedap weh ... aku tak sempat2 lagik beli plain yogurt tuh ...aku nak beli ah ..pastu nak try wat .saiful mesti suka ..nanti aku nak ajak dia beli barang ah..ehehhe
beb, aku nak wat manggo lassi n malam ni ah ...tak sabar nih .. dah beli semua bahan tapi susu segar lupa plak..kalau guna susu anlene jer leh ker? wakakkaka..
watie...
hahahaaha, boleh boleh ajer, lagi kuat ah tulang ko, yogurt pom dah kalsium....
Pak Penabahari,
sama-sama, betul t pak, kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman (^_^)
Post a Comment