Winner of Baby in Pink Contest

Rasanya winner lain dah lama buat entri nie tapi disebabkan saya baru terperasan tentang keputusan bagi Winner of Baby in Pink Contest ni tadi, tu berkobar-kobar nak buat entri ni. Sebenarnya agak lama juga tak berblog sehinggalah entri Awal Muharam, tu pasal boleh tak terperasan yang Sya dah umumkan pemenang untuk contest ni.

Sebenarnya tak sangka sangat Kashful boleh menang. Rezeki Awal Muharam barangkali. Entri ni dibuat khas untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat Sya dan para juri yang memilih Kashful. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan contest ni sila klik di sini. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi yer Sya. Semoga Sya pun dimurahkan rezeki.

Selamat Tahun Baru Hijrah (1431 H)

Assalamualaikum wrm wbt....

Tanpa kita sedari, tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyambut tahun baru Hijrah (1431 H). Alhamdulillah, sekiranya usia kita dilanjutkan oleh Allah Taala, maka bersualah lagi kita dengan tahun baru hijrah. Sekiranya janji kita telah tiba, semoga Allah menerima segala amalan kita yang lepas-lepas. Semoga tahun hadapan adalah lebih baik dari tahun ini dan tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang terdahulu. Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua.

Gambar penceramah bebas kat bawah ni adalah hiasan semata-mata...hehehe

Eh, apsal cam sempit ajer pandangan nie...

Haaa......ni baru terang benderang...

Baiklah tuan2 dan puan2, tajuk ceramah kita pada hari ini ialah.....bla bla bla...

Kalau nak makan kene guna tangan kanan...ha...camni...

Ye, ada apa2 soalan yang nak ditanya? :)

Saya sudahi ceramah kali ini dengan lafaz Assalamualaikum wrm wbt...

My Little Baby Boy

Lilypie

My Lovely Fish

Bubbles